Thursday, January 12, 2012

Farewell: Miss Azlina & Mr.Vijay

Tak tahu nak cerita apa, perasaan bercampur baur kalau nak manage suatu majlis. Kalau kenduri kahwin sure tak sabar nak terima menantu tapi kalau majlis farewell sure berdebar-debar nak bagi majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah tapi dalam hati tak mahu lekas saat berakhir kerana tiada siapa yang mahukan perpisahan. Lebih-lebih lagi yang meninggalkan kami kali ini adalah Encik Vijayakumar yang telah lebih 20 tahun berkhidmat di sini dan Cik Azlina Maatan yang masuk tahun ke-18 berkhidmat. Seawal januari, mereka bakal melangkah pergi.

Bergambar bersama 2 insan yang diraikan.

Felicia last minute habis appointment terus menyatakan hasrat juga mahu join majlis khas untuk Encik Vijay.

Encik Wan Hamid kurang tenteram jiwanya memikirkan tugasan menanti di Arab Saudi, terima kasih kerana sudi menjadi pengacara majlis, bersama Encik Reza Ain yang sengaja berpakaian mengikut tema.

Puan Mariani bersama orang yang sungguh panjang namanya di ACP-DMT iaitu Rammon Noel Fithry Hak Zainal Abidin.

Terkejar-kejar nak mendapatkan peluang bercakap dengan caterer, tubuh masih dalam meeting untuk budget dengan segala OpEx dan CapEx untuk FY2012-FY2015 tapi hati terkenang majlis yang dikemudi. Pukul 11 meeting habis, terus selesaikan apa yang patut. Pukul 1 tengah hari tetamu dah pergi ke tingkat 9, saya masih packing hadiah sourvenir balut ribbon.

Mata mengantuk tak cukup tidur, semalam rush ke KLCC melilau dalam M&S dan Isetan untuk cari sourvenir dan potluck. On the way pulang singgah sampai 3 kali nak cari pisang emas yang cantik-cantik. Makanan utama pun 2 kali angkut troli, oh penat juga tapi percayalah bila majlis selesai rasa sungguh puas. Tapi dalam hati kalau boleh nak masa berlalu perlahan kerana majlis perpisahan adalah menyedihkan.

Kak Ina bersama 2 Hamidah: Hamidah Othman dan Hamidah Ahmad.

Salleh, Jasli, Azlina dan Safizan Halim.

Oh babak-babak awal sudah menunjukkan suatu emosi telah diganggu.Dengar khabar mujur Kak Niza sempat sua tisu kepada Miss Tsen. Tak jumpa pula gambar Miss Tsen.

Ahli wanita bergambar, ramai lagi yang sedang makan di bilik sebelah. Apapun, majlis mendapat support ramai, lebih 80 orang mengambil bahagian. Terima kasih tuan tanah terutamanya kepada Kak Sarimah, Paramesvari, Kak Zunara, Jasli dan Kak Roziah yang berhempas pulas.

Encik Vijay dan Cik Azlina bersama boss-boss yang lain.

Rentetan kisah di pejabat kali ini bukanlah yang kemuncak, walaupun nampak macam dah sampai limit perasaan nak tengok seorang demi seorang resign. Sebelum ni company jadi dormant, boss pula resign, kak ina pun resign, siapa lagi yang ada? Tinggal sikit sahaja lagi. Mujur ramai yang support.

Pendek kata, dengan ikhlas nak juga farewell ini berlangsung. Walaupun dilangsungkan di tingkat 9 namun itu yang terbaik. Kali ini, kutipan sahaja melebihi 1 ribu ringgit. Lega, dalam kekurangan masih ada semangat. At least perasaan ini berbalas dengan suatu kepuasan. Kedua-duanya akan last day pada hujung januari. Pada hari itu akan dijangkakan ramai yang berdrama air mata. Kalau tadi Miss Tsen dulu yang menangis, agaknya ranking ratu air mata Kak Ida kian dicabar.

Lily Fadhilah, saya dan Kak Ina. Sedap mihun yang lily bawa, habis licin.

Bekas PESB: Hamidah Hasan, Haniza Hamidi, Azlina Maatan, Ida Rosmiza, saya dan Vijayakumar.

Walaupun serba kekurangan, kali ini saya merasakan saya sepenuh hati nak jayakan farewell ini. Semoga menjadi kenangan buat boss, Encik Vijayakumar dan Kak Azlina. Dengar cerita boss tak sanggup nak buka wrapping hadiah, katanya sedih. Kak Ina pun sama, walaupun dia ketawa tapi dia cover jer tuh. Sempoi betul Kak Ina, dan sedih pula saya melihat boss saya panggil untuk bergambar bersama. Rasa kesian pada boss yang dapat staff macam saya yang banyak kekurangan ni, moga dia tak menyesal.

No comments: