Wednesday, July 6, 2011

Mengenal Bahana Perbualan (Part 2)

Sambungan daripada Mengenal Bahana Perbualan (Part 1)...

Mari kita teruskan untuk isi yang seterusnya. Memang penting untuk kita lebih awal mengenal pasti jenis perbualan kerana ia menjadi penentu sama ada kita harus teruskan atau sebaliknya. Jika kita leka meneruskan sambil membantu menyemarakkan hasrat mereka yang bermatlamat ini, anda mungkin ada kesal di kemudian nanti. Mungkin sakit hati, atau mengambil tindakan drastik untuk memutuskan persabahatan.


3. Stock Tick/ Materialistik

Jika seorang Mami Jarum bercakap sambil menaikkan tangan-tangannya dengan berkerincing bunyi gelang yang berlaga sesama sendiri, mudah sekali kita membuat agakan, bukan? Tapi ilham ini telah diperhalusi dan kembali dipraktikkan demi mencapai klimaks. Sering kali niat asal ini akan dicetuskan apabila seseorang itu telah memiliki sesuatu dan mahu diwar-warkan seisi alam.

Sebaik awal perbualan lagi, mereka kadang-kala terlebih awal membuat bahasa tubuh seperti resah gelisah. Namun teruskan lagi perbualan tanpa mempedulikan isyarat ini. Kemudian tiba-tiba telefon bimbit rakan anda akan menghasilkan runut bunyi, tiba-tiba dia berkata, "Alamak! Irfan pesan pagi esok kejutkan dia awal pagi takut lambat attend presentation." Sekali imbas terus anda terpaku melihat bagaimana spontannya rakan anda potong stim perbualan lantas menimbulkan pelbagai spekulasi.

Anda terus bertanya dalam hati. Siapakah Irfan? Apa perhubungan mereka? Bukankah dia baru sahaja putus cinta dengan kekasih yang lalu? Apakah mereka benar-benar menjalinkan cinta yang serius sehingga perlu kejut bangun pagi? Sedikit lagi anda menyuarakan soalan, terus perbualan anda akan berkisar topik baharu tentang teman lelaki baru rakan. Sungguh keji bukan?

Sebaliknya hadir seorang kawan yang jujur terus menunjukkan sebuah peralatan media canggih untuk berFacebook seperti perisian telefon pintar. Ini mungkin tidak mengapa kerana beliau amat terus kepada motif perbualan.

Kepada mereka yang suka membuat kenyataan mengada-ngada ini sila awas dengan persekitaran. Mungkin ada yang lebih bijak daripada anda. Oleh itu berwaspada apabila mengeluarkan kata-kata kerana anda mampu dicemuh kelak menerusi saluran gosip secara lisan, bluetooth mahupun forum email.

"Ermm... pada kita, kita memang suka kereta Honda Accord! Tapi tak mampu so pakai Viva aje lah."

Jauh bezanya Viva dengan Honda Accord??


4. Jimat

Ramai juga manusia yang mahu berjimat tetapi rela menyusahkan orang lain. Tabiat berjimat cermat memang mulia tapi mesti kena pada tempatnya. Jimat yang rasional adalah amalan berjimat tanpa menyusahkan diri dan orang lain. Orang yang berjimat secara tidak rasional ini biasanya akan menghampiri mangsanya.

Mangsa ini akan dijadikan medium bantuan bagi menjayakan projek yang bakal diusahakan. Mangsa ini akan dipilih berdasarkan faktor-faktor tertentu, bukan sembarangan main taramsahaja. Ia akan melalui proses suling pemeringkatan 2 kali seperti minyak masak seri murni.

X : Eh Nahar duduk mana?
Y : Mana apa? Kampung ke kat sini?
X : Duk Dato Senu kan?
Y : A'ah.
X: Sebab akak selalu nampak kereta Nahar. Rumah Nahar yang mana satu?
Y : Dekat padang.
X : Akak selalu jugak nampak kereta Nahar parking. Tapi tak tau pula satu kawasan kita ni.
Y : Ooo.. (Eh? Dah tau nampak kereta aku lagi mahu tanya aku duk mana??)
X : Akak baru ni sakit tangan. MC jugak la hari tu.
Y : Ooo..
X : Manalah tahu kan, kalau akak sakit tangan lagi mesti la tak boleh drive kan?
Y : Uh??
X : Ye lah, macam mana akak nak drive pergi kerja.
Y : Ooo..
X : Nanti kalau akak tumpang Nahar, tak menyusahkan kot?
Y : Saya selalu balik lambat.
X : Kenapa? Balik malam ke? Tak pe, akak boleh tunggu.
Y : Kadang-kadang saya lepas kerja terus pergi jogging. Bawak baju PJ siap-siap.
X : Tapi bukan hari-hari kan?
Y : Kadang-kadang saya lepas kerja terus pergi Giant ke, Jusco ke.
X: Sekali sekala akak pun boleh ikut.
Y : Kadang-kadang lepas kerja saya pergi rumah kakak saya di Kajang. Tidur sana terus. Pagi esok terus datang kerja. Bawak baju siap-siap dalam bonet. Esok tu pun kadang-kadang saya terus balik kampung kat Perak.

Spek mata S.Jibeng aku dalam kenangan.

17 comments:

cik ai :) said...

kalau kakak tu kata, " kalau balik perak pun akak boleh tumpang jugak kan? umah mak mertua akak kat situ"..ang jawab je camni, "kadang2kalau saya boring sangat pas balik keja, saya terus naik kapal terbang pi india"..kalo dia kata nak ikut jugak, memang tak tau nak kata apa da la..hehehehe

SYED NAHAR said...

hahaha.. kenapa republik india jadi sasaran ang?? kenapa tak bandung atau surabaya? hahahaha..

Hustler said...

Mujur la akak tuh tak bagi suggestion lagik mengarut, camni2;
"Lau akak sakit tangan lagi, boleh la akak dok serumah ngan nahar, senang kita pergi kerja sekali, nahar nak pergi mana pon, akak ikut"
Hah! Amacam?

- H - said...

so akak tu ikut tak hang?

SYED NAHAR said...

mawi : idok nyer, kang laki dia kata dia nusyuz plak. hahaha.. dia berlaki dah oi. aku pelik laki dia pi keje naik pa tapi rumah dia pun aku tak pernah tau kat mana.

narul : oh no. tidak, dia drive la sendiri hahaha. lagipun aku tak knal dia sgt, dia tak pernah pun sebelum tegur aku. dia org internal audit ke apa ntah...

missone hazel said...

dia bg hint kat ang la tu..tah2 dlm ati minat kat ang kot?haha

SYED NAHAR said...

ko ni sekali lagi aku nak tegaskan, dia makcik2 lah. mmg dia malas drive, nak senang tak mo terhimpit atas jem nenas. mcm tu le. kan tajuk pun jimat hehehehhe...

Anonymous said...

tak reti bahse la makcik tu haha

ina

SYED NAHAR said...

makcik sungguh... tensen aku.. hehehe tp mcm berdosa plak.... hahhaha..

cik ai :) said...

india tu kan da jadi umah kedua ang. kan? kan? kan? hahaha...uishhhh..mana leh kutuk bandung..tempat jatuh lagikan di kenang..inikan pulak tempat bershoping..:D

SYED NAHAR said...

balik2 bandung. tak dok peris meknet jaga ang! aku bakar opis ssp. level berapa habaq mai??

cik ai :) said...

muhahahaha..ada la...da nak lunyai da dalam beg aku..bila nak amek neh???

SYED NAHAR said...

lunyai? peris meknet tu diperbuat daripada putik kapas ke?

missone hazel said...

i sentap kat ayat 'malas nak drive' tue...pasni kena pkiaq 100x kalu nk suh ang mai amik..haha

SYED NAHAR said...

bahahaha... emo plak ang ni???

neve said...

nahar, aku tau saper mangsa2 itu!! geged sungguh laa..xleh blah dowh ngan statement viva-accord tu...adddooii..akak IA tu pakai viva kan? oppsss

SYED NAHAR said...

hahahaha.. ko jgn la dedahkan identiti mereka di sini. nanti diorg jadi follower aku plak. hahahaha..