Saturday, February 19, 2011

Kering Kontang

Hari tu memang panas. Rasa nak terbakar kulit. Masa ni bulan June, bulan yang paling kering di Delhi. Ramai yang di site akan minum air bercampur ubat serbuk dari dalam sachet. Ubat ni baik untuk elak tubuh kering akibat hidrasi yang cepat. Memang bahaya, sekali kena terus boleh pengsan, kalau di Malaysia kita akan dapat warning hidung berdarah tapi di sana tak semua orang, ada-ada orang terus je pengsan.

Aku sentiasa spare air botol dari rumah. Kalau rajin bancuh air milo, at least sirap. Mudah, air gula dah masak, siap taruk daun pandan yang dibawak khas dari Malaysia. Mak kata kalau minum sirap tak masak nanti air rasa hanyir. Berkira habis, kalau balik kampung tak lupa isi beg penuh-penuh dengan segala belacan, lempok durian, sup bunjut, pekasam, milo dan apa-apa yang terlintas demi kebaikan seisi rumah. Bukan macam sorang tu bawak kari ayam dalam tin, sah-sah kari ayam setiap hari Bahadur boleh masak! Hehe..

Tengah hari yang panas tu, kereta berhenti sekejap di persimpangan jalan berhampiran sebuah pasar dekat dengan Surajmal Stadium. Dulu di situ kalau ada lopak air tepi jalan, selalu ada babi. Tapi musim panas ni semuanya kering. Selalunya singgah di sini on the way nak balik rumah masa lunch sebab nak beli buah-buahan sebagai stok.

Tak semena-mena, aku terperasan di tengah-tengah jalan ada satu lekukan yang tak dalam pun, ada air yang mungkin tertumpah dek orang yang melintas. Jalan di situ sibuk, dengan pasar yang sendat, beca membajiri bahu jalan, bas dan kereta lalu-lalang, budak sekolah melintas dan lembu-lembu yang bermaharaja lela melepak secara bersepah. Kereta kami berhenti tepi jalan, sebab ada seorang ni nak cari buah sekejap je.

Aku ternampak seekor anjing. Dari jauh lagi anjing ni terkinjit-kinjit berlari menuju ke tengah jalan. Aku nampak dia menuju ke arah lopak air yang tak bergenang tu. Agaknya dahaga! Beberapa saat sebelum dia sempat tiba, sebuah kereta melanggar lopak, air pun bersepai terpercik. Yang tinggal hanya kelembapan yang bakal kering lagi kurang setengah minit. Sungguh kesian melihat anjing tu. Selepas dia menjilat sedikit, anjing tu berlalu pergi mencuba nasib di tempat lain. Lagipun simpang jalan tu sibuk dengan kenderaan yang berpusu-pusu keluar masuk. Tentu anjing ni hampa.

No comments: