Monday, February 28, 2011

Buli di Asrama (Part 1)

Kehidupan di asrama semestinya tidak lari dari kes buli. Buli membawa maksud kerahan yang diarahkan oleh pembuli tanpa kerelaan dari pihak mangsanya. Tradisi buli membuli diamalkan sejak bertahun lamanya, mungkin berasal daripada zaman penjajahan lagi. Kolonisasi oleh pihak Inggeris di Malaya telah memperkenalkan sistem pendidikan berasaskan ideologi Barat. Sekolah-sekolah terawal yang dibina biasanya memiliki asrama bagi pelajar menginap supaya tumpuan yang lebih terhadap pembelajaran dalam diberikan tak kira dari segi subjek mata pelajaran mahupun kokurikulum.

Diketahui bahawa di sini bermulanya sistem kehidupan di asrama yang kemudiannya membentuk sebuah monarki yang dipegang oleh para senior. Eksploitasi ini diadaptasi daripada sistem kehidupan masyarakat Eropah kuno iaitu pada era feudalisme di mana kuasa mutlak dipegang oleh para senior ini akan secara automatik diamalkan sebaik anda menjejak kaki memasuki kawasan asrama. Kuasa ini kemudiannya dipecahkan mengikut kawasan autonomi seperti mana di Seratas kelebihan kepada warga senior adalah terhadap warga junior yang mendiami blok asrama yang sama. Berdasarkan kehidupan asrama yang dijalani, berikut adalah beberapa jenis pembulian yang dijalani sebagai mangsa selama menjadi junior di Seratas :

1) Kerahan Tenaga Rakyat

Kerahan tenaga merupakan perkara yang paling basic dalam organisasi sebuah asrama. Seawal pagi, warga junior akan dipertugaskan untuk membangunkan para senior yang sedang enak dibuai mimpi. Selepas itu, bilik senior akan dikemaskan supaya mendapat markah yang melepasi garis piawai sekiranya diperiksa oleh guru bertugas. Selain itu, terdapat kerja-kerja yang perlu diselesaikan seperti mengilatkan kasut, menegangkan cadar, menyapu lantai dan membawa sarapan.

Di malam hari pula, junior akan dikerah untuk memasak mi segera, membawa minuman panas dari dewan makan dan menyusun kasut dan selipar di rak yang tersedia. Manakala di hujung minggu pula, kerahan berterusan kepada kerja-kerja mendobi pakaian, mencuci tandas dan mengemas almari atau locker. Wajarlah warga Rajawali dorm A-11 memiliki sebuah duty rooster supaya dapat mengagihkan kerja-kerja kerahan dengan sama rata tanpa prejudis.

2) Bunga Emas

Istilah bunga emas diadaptasi daripada kisah negeri-negeri Melayu yang membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Siam sebagai jaminan. Bunga emas atau ufti yang paling popular adalah berbentuk makanan atau product seperti biskut, bekalan mi segera dan buah-buahan. Bunga emas wajib dibayar kepada senior setiap kali anda membawa masuk barangan yang mempunyai duti atau cukai ke atasnya.

Jika ibu bapa anda hadir ke sekolah membawa buah tangan atau buah-buahan untuk anda, namun sebaik mereka pergi anda wajib membayar ufti kepada para senior yang telah sekian lama menanti. Jika gagal berbuat demikian, anda akan dikenaan tindakan Rampasan Harta yang akan dihuraikan kemudian. Tidak hairanlah Mohd Hakimi Abdul Rahman menolak perlawaan ayahnya yang datang dari Batu Kurau membawa bersama setengah guni rambutan kerana gusar nilai bunga emas yang tinggi yang bakal dikenakan ke atasnya.

3. Pengecualian Duti

Pengecuali duti adalah bentuk bayaran yang perlu dilunaskan supaya tidak menerima siksaan lebih ke atas kesalahan yang telah dilakukan. Tidak kira sama ada telah digariskan oleh warga senior itu sendiri namun pengecualian duti ini juga dijadikan alasan sekiranya anda ingin mendapatkan pengecualian khas pada waktu-waktu tertentu atau bertindak sebagai rasuah sekiranya anda berada dalam situasi gawat. Seperti eksploitasi yang dilakukan oleh senior bernama Budin, beliau menggariskan supaya sesiapa yang gagal memberikan biskut kepadanya, orang itu akan ditugaskan untuk menebas bulu pubis beliau. Tentu anda ketakutan jika digertak begini.


to be continued..

4) Pekerja Seks, 5) Rampasan Harta, 6) Anak Wayang

No comments: