Monday, November 22, 2010

wirawati musytari

Beliau cekap di dapur, berikan sahaja kuali, lesung batu mahupun tulang kepala lutut lembu nescaya akan menghidangkan anda hidangan istimewa yang lazat. Beliau adalah macrieda atau seperti nama yang tertulis pada surat beranaknya, Faridah Binti Hashim.

Berasal dari Parit Buntar, macrieda merupakan kawan bangku sekolah saya. Beliau menjawat jawatan penting seperti pengawas sekolah namun tidak pernah sombong dengan khalayak ramai. Mari kita lihat ciri-ciri Mek (panggilan pendek Macrieda) yang tiada pada orang lain yang mungkin membawa anda untuk berkenalan lebih lanjut dengan beliau:

1. Bijak memasak
Ya! Tidak dapat dinafikan Mek pandai memasak. Sebut saja apa-apa jenis makanan semua resipi di hujung jari beliau kerana selain pengalaman beliau juga arif membuat carian di Google. Kek Batik pernah menceriakan penghuni kelas 5 Musytari suatu ketika dulu. Tapi kini Mek lebih gemar mencuba resipi pudding istimewa pelbagai perisa dan warna selari dengan evolusi masa kini. Teknik memasak yang sempur seperti mereneh sup di dalam kuali memang nampak aneh tapi rasanya cukup membuat anda terangkat! Selain itu, beliau juga bijak menggunakan sumber yang ada seperti mana, kiub ais yang melekat di dalam beg plastik dileraikan dengan hanya satu libasan di dinding dengan sungguh bersahaja sambil mulut sedang asyik bergosip, superb!

2. Kreatif
Beliau kreatif! Bukan kreatif membuat kad hari jadi atau apa-apa tetapi kreatif dalam memadankan warna tak kira memilih baju, kasut ataupun pewarna pudding jellynya. Lihat sahaja pakaiannya semasa menghadiri kenduri kendara, tentu mahu menjadi paling terkehadapan selain bijak memilih aksesori.

3. Rajin & Pemurah
Ya! Beliau sangat rajin mengalahkan organizer. Teringat kes lama di One Utama di mana beliau telah bermurah hati untuk menyediakan makanan percuma berupa sandwich dan air kotak kepada semua hadirin hadirat yang turut serta menjayakan Seratas Bowling Tournament sempena Gathering Batch 17. Walaupun padah memakan diri akibat salah pilih Parking, namun beliau pasrah menerima kritikan organizer. Apapun, beliau merupakan pemegang anugerah JLo buat julung kalinya.

4. 1 Malaysia
Benarkah? Tentu sekali! Tidakkah begitu Winders Chaarlz? Beliau menyokong skuad Malaysia di mana-mana acara dunia tanpa mengira bangsa dan masalah kulit. Beliau menyokong Choong Wei walau diri menaruh hati pada Lin Dan. Beliau pura-pura jatuh hati pada Paul the Octopus walaupun sebenarnya Mek sibuk memerhatikan atlit wajah tampan di Piala Dunia. (Eh?? Malaysia mana masuk World Cup! Sorry..) Mek juga giat mengemaskini status di Facebook berkenaan perkembangan terkini atlit Malaysia di Sukan Asia Guangzhou tetapi pemerhati melihat hanya nama Koo Keng Keat tapi tiada nama Nicole Ann David. Mungkin memilih jenis organ pembiakan tertentu? Semangat 1 Malaysia beliau jelas lagi sewaktu perayaan Thaipusam kerana beliau bersama Nurul Hasanah gigih membuat liputan langsung dari dalam perkarangan Batu Caves.

5. Gosip
Ini negative atau positif? Apapun, kebolehan mengadaptasi kes-kes terkini mahupun berstatus kes terpencil amat dihargai oleh rakan rapat. Gosip sememangnya dilihat negative namun jauh di sebalik itu, muhasabah diri adalah aspek terpenting di mana nilai-nilai persahabatan dan adat resam menjadi kata kunci dalam setiap perbualan yang dibahaskan. Mek lantang membuat penegasan bahawa kawan yang tulus bukanlah akan hanya hadir sewaktu memerlukan sesuatu tetapi hilang semasa tidak memerlukan. Ada benarnya Cuma tepuk dada tanya selera.

Mek bersama teman Parit Buntarnya, Annand (gambar ihsan)


Sudahkah anda jatuh hati pada Mek? Sila tuliskan karangan tentang diri anda tak lebih 100 patah kata dan hantarkan kepada Chicky Hours, Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor selewat-lewatnya pada 1 Disember kerana hadiah misteri menanti anda yang paling kreatif dan berjaya menambat hati. Selamat mencuba!! (teringat dulu-dulu teringin nak masuk peraduan melukis Chicky Hours TV3 nak lukis tweety bird kuning tu).

Lupa pula, tujuan utama menulis artikel ini adalah untuk mengucapkan terima kasih secara bercetak kepada Mek yang telah menyediakan juadah (beliau masak sendiri) berupa mihun sup, rending ayam dan pudding custard berjelly merah. Tak lupa kepada Haniza yang sudi bawa lemang dan kek swiss roll yang dibeli entah di mana.

5 comments:

Cik Faridah Huda said...

cam tau2 je aku suka kat Lin Dan...hahahaha...dan aku suka tengok wajah tampan Iker Cassilas dari tengk skill dia tangkap bola...syed mmg slalu paham maksud tersirat aku..wahaha

masak sup dalam kuali tu sebab tak der periuk besaq...kena la be kreatif..sama juga ngan cara aku melibas ketulan ais...hahaha..sekali libas terus berkecai..jimat masa!

SYED NAHAR said...

hahaha, tu ah tak perlu beli besi pemecah ais. buang karan je. tapi sedang kami bertiga sedap makan tiba2 ada libasan kat belakang aku, mau saspen sebentar! hahahah..

Nora Azua said...

wah!! ko kene tukar profession la nahar.. jadi reporter. boleh buat biografi. ni boleh promote orang ni.. tinggi saham mek! haha

SYED NAHAR said...

hahaha.. mau ntah2 mek terus boikot aku! hahaha..

Anonymous said...

part libas ais tu mmg x leh blah... wakaka... -pae-