Wednesday, March 10, 2010

dizziness

1) jalan raya amat sibuk, kenderaan sentiasa ada yang lalu-lalang. so, kenderaan diklasifikasikan dalam pelbagai kategori. ada yang menggunakan enjin, kuasa haiwan ternakan, enjin modifikasi dan sebagainya. jenis loading yang dibawa juga pelbagai, tak kisah lah nak angkut apa pun. anda akan jumpa lori yang sarat dengan muatan tapak kasut (bayangkan hanya tapak kasut sahaja. kenapa tapak kasut? itulah keunikannya), pelajar sekolah menaiki lori pick-up, kolam ikan keli, muatan unta membawa jerami gamdun (seperti dalam gambar) dan pelbagai lagi.


2) honk! sememangnya pada stereng setiap kenderaan terdapat satu butang yang amat hampir dengan kedudukan ibu jari pemandu, butang itu adalah untuk membunyikan hon. terdapat pelbagai bunyi-bunyian hon, ada yang persis trompet, dentuman guruh di langit, bunyi latar musik tabla, kentut dan bunyi nyaring dan pelbagai lagi. meriah bagaikan pesta. that is why most indians say 'every day is festival'!!

3) ingin memberhentikan kenderaan? parking? cukup mudah. jika anda sedang memandu dan telefon genggam anda pula berdering, jangan gusar. parking saja kenderaan anda di tengah-tengah roundabout. keluar dari kenderaan anda dan terus berucap dalam telefon untuk liputan yang mebih meluas. gayakan kaki sebelah kanan anda seperti berdirinya seorang jutawan perniagaan menjual buah pinggang.

4) jika di hadapan anda tiba-tiba berhenti, awas jangan langgar. beliau sebenarnya sedang melakukan aktiviti yang menyerupai 'touch-n-go'. tetapi bukan di plaza tol namun ianya adalah kubur lama atau 'dargah'. kebanyakan mereka mempunyai kepercayaan untuk berdoa, pelbagai penganut mengamalkannya. kita tidak berhak mempersoalkannya kerana kita perlu memahami dan menghormati adat orang lain, terutamanya kita di tanah negara mereka. lebih terharu jika 'dargah' itu terletak di tengah-tengah pembahagi jalan, jadi fenomena yang dilihat mengingatkan 'touch-n-go'.

5) anda tidak boleh memandu di india. jelas sekali yang memandu hanya pemandu yang disewa atau diupah. sememangnya anda tidak dibenarkan memandu sewaktu di sana. walhal keadaan 'qanun nehi' di sana sememangnya horror untuk anda memandu. jangan ditegur apa yang pemandu lakukan. seandainya pemandu tiba-tiba memberhentikan kenderaan, justeru dia keluar lalu masuk ke dalam semak atau hutan. tentunya anda yang berada di bumi asing akan tertanya-tanya?? apakah diri anda ditipu lantas akan datang perompak atau penculik yang akan berbuat jahat? jangan mudah melatah. sebenarnya pemandu anda tidak tahan lagi untuk buang air kecil. mungkin sikap beliau sekadar tiba-tiba memberhentikan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya sahaja. oleh itu, i jarang mengamalkan jabat salam sewaktu di sana, takut kena taun.

6) dalam waktu kecemasan, cuba bayangkan jikalau anda kini dalam keadaan 'rush' menuju ke lapangan terbang. anda wajib untuk 'check-in' sebelum 2 jam waktu berlepas. nadi anda terus memuncak, dan di saat itu kereta yang membawa anda memecut laju. anda tentunya berharapan pemandu anda amat memahami anda untuk memandu sepantas kilat supaya anda tidak ketinggalan pesawat. dalam pada memandu, menyusuri hiruk pikuk bandar yang penuh objek, sampai di lampu isyarat berwarna merah lantas pemandu anda mematikan enjin. tentunya harapan anda berkecai! anda fikir pemandu anda kini 'surrender', kerana jika meneruskan perjalanan, tetap gagal tiba sebelum waktunya. jangan menuduh melulu, sebenarnya amalan mematikan enjin di persimpangan lampu isyarat adalah normal kerana menurut mereka, perbuatan itu menjimatkan petrol. selain itu, kerana menghargai masa, ramai pemandu yang keluar dari kereta ketika lampu isyarat merah, dengan siap membawa bersama sehelai kain. kemudian beliau mengelap cermin kereta siap menaikkan 'viper' lagi!

7) siapa yang patut hormat, yang kecil atau yang besar? jika anda berdepan dengan kereta yang lebih mahal, tentunya anda menunduk. bukan hormat tak bertempat tapi itu adat dunia. bagaimana pula jika anda berdepan kereta api yang panjang berjela? keterbalikan berlaku di sini. jika pemandu anda memberhentikan kereta di tengah-tengah jalan raya, yang ada lintasan kereta api, usah panik! percayalah, jantung anda yang berada dalam kereta tentu memuncak klimaks, anda terkumat kamit mengucap justeru cuba melarikan diri keluar kereta namun kereta anda di'lock'. tangan anda ditepis oleh pemandu, agar anda tidak berjaya membuka pintu. ketawa pemandu anda membuatkan anda terasa diri terancam seperti akan terlibat dalam pembunuhan terancang. percayalah, kereta api itu akan berhenti!!! anda tidak dilanggar kecuali pemandu kereta api itu sedang tidur.

8) amalan jual menjual di kaki lima jalan sememangnya biasa. hulurkanlah bantuan kepada anak kecil yang merayu sedikit peluang agar bisa mengisi perut yang lapar. anda juga boleh membeli kacang serta pelbagai makanan. katakan anda membeli kacang, kemudian perhatikanlah kembali si penjual. tentunya dia dilihat akan melakukan tabiat seperti mengorek hidung atau memegang tahi lembu kering yang digunakan sebagai bahan bakar untuk memanaskan kacang tanah panggang. sememangnya kacang tanah panggang amat enak dimakan tika musim sejuk.

sambung lagi esok atau biler-biler...

2 comments:

Anonymous said...

wei syed...smpai bila nk dizzy ni????hup date la.....bosan tau..x ada bahan bacaan dah...


sir

SYED NAHAR said...

hahaha...hang punkena la apdet!