Tuesday, October 27, 2009

berhibur bersama rue-tai

pada suatu petang yang amat membosankan, kira-kira 2 minggu lepas, saya telah mengSMS cik faridah hashim bertanyakan aktiviti beliau di hujung minggu. kebiasaannya beliau penuh dengan agenda yang menarik yang bisa mencetuskan getaran riang di jiwa. setelah dipersetujui, aku bertolak ke puchong melalui liku-liku lebuhraya Damansara-Puchong. dengan membayar 3 kali tol, aku menyusur keluar di persimpangan USJ untuk menuju ke puchong perdana, Goodyear Court. rasanya seperti aku mengunjungi kedai tayar goodyear.


kemudian, 2 orang rakan lama ini turun anak tangga dengan busana masing-masing. kami terus menuju ke shah alam dengan panduan petunjuk arah jalan oleh cik faridah. destinasi kami adalah karnival suarasa tv9 yang mana aku belum pernah menjejak kaki ke tapak pesta sebegitu melainkan pesta konvo di UTM dulu. aku memang tidak pernah menjayakan sureheboh tv3 mahupun mana-mana pertunjukan kebajikan. namun kali ini aku ingin mendidik diri dengan melihat kehebatan tv9 untuk membawa sirna kegemilangan unsur-unsur yang selama ini tv9 terkenal dengan program TV yang ilmiah.


sampai di sana, keadaan lebih kepada pesta konvo atau pasar malam, banyak gerai-gerai. aku membeli sosej dan bebola ikan manakala cik faridah dengan keropok lekornya dan cik nah dengan ice-blended mochanya. melihat kelihat penyanyi aishah di pentas, aku kaget mesej tak boleh diterima oleh diriku ini lantas terus bergerak melihat gerai resdung, perubatan tradisional. pasrah dengan aksi pesakit resdung, kami memasuki khemah pertunjukan al-Risalah yang sarat dengan kesan peninggalan di bumi anbia. setelah puas bergambar di situ, kami kembali ke kereta. di kesempatan itu, cik nah telah melakukan amal dengan menderma sepuluh ringgit kepada seorang lelaki yang kurang mencurigakan itu di mana ayatnya, "ambillah percuma buku ini." setelah lama dipegang dan setuju untuk memiliki buku percuma itu, sekali lagi lelaki itu berkata, "tapi kalau nak derma barang sepuluh dua pun saya terima." teknik ini amat efisyen.

belum puas berlibur, kami menuju ke destinasi kedua yakni yang kepenghabisan iaitu pusat membeli belah One Utama di Bandar Utama. hasrat menonton Papadom telah memaksa kami menonton sebuah filem Siam, The Bedtime Investigation. sungguh kelakar sehingga lontaran vokal yang dicetuskan bertindak secara rifleks tanpa dikawal oleh neuron-neuron saraf di serebrum dan medula oblangata.lontaran vokal itu dihiraukan kerana panggung hanya dikuasai kami berlapan. watak Rui-Tai menjadi idola saya kerana amat bersahaja serta tidak mengkeringkan gusi. setelah penat, kami pulang setelah membasah tekak meminum seteguk kopi ais di restoran berkonsep kopitiam, dibayar oleh faridah sepenuhnya. perjalanan pulangku amat mencabar kerana gusar dengan hujan yang lebat dan turut menjebakkan diri dengan kesesakan lalulintas di lebuhraya persekutuan sehingga ke Bangsar. selamat tiba di gombak dengan jalan rekaan dah tekaan melalui jalan semarak, jalan air panas dan terus ke jalan gombak.

4 comments:

Cik Faridah Huda said...

hahahha...lawak la hang nieh!!!!!

SYED NAHAR said...

uiks? tak tulih lagi gelak dah. jaga hang! haha...

Cik Faridah Huda said...

ooo..itu ka tajuk citer siam tuh..siap aku pun kurang ingatan...maklumlah..memori kurang..alzhemier kah aku?

SYED NAHAR said...

bukan alzheimer tapi ko selalu makan semut kot? hahaha...