Monday, October 19, 2009

memori daun kari

suatu hari, deepa menghasut aku untuk poxing bergambar dalam opis di sunder vihar. tapi aku malas nanti ada plak yang rikues lelebih. sebab naluri orang india ni memang suka bergambar lepas tu lupa diri sampai tak kenal tuan empunya kemre. diorang ni cuma tahu mengenal manikam sahaja. eh silap, duit pun terer jugak. so, gambar ni duk dalam externel hakdis aku macam gambar arkib negara. so aku release untuk tontonan umum macam slot hari ini dalam sejarah. kalau ikutkan pada tarikh ini di tahun lepas apa aku buat? ekceli aku tak ingat. bila aku selak diary, rupanya aku ada meeting tapi aku tak catat apa-apa. yang ada cuma aku lukih gambar dengan isi luahan perasaan yang bohsan. lantak lah, maybe tak dek mood nak bermiting kot masa tuh. layan je lah cerita bergambar kat bawah nih. sesapa berkenan nak buat calon bleh nanti aku fowed email jek. resume sendiri taip ye.

ini sandeep lakra. orangnye kurus kerengga. penampilan macam berbau tapi aku kalau lalu area dia memang tahan napas. rasanya dia tak berbau sangat kecuali selepas makan tengah hari sebab waktu evribadi berbau. bau rempah dan bawang. dia kerja bahagian human resource tapi aku nampak lebih kepada hal pengurusan harta syarikat sebab dia last-last tuh sibuk nak beli peti ais kat guest house tuh, katil la, tilam la. masa tuh umah floor second tu tak de orang duduk dah. siap buat diskaun untuk diri sendiri lagi tapi harga dah termaktub. kira murah pe lelong barang terpakai. bukan lusuh pun. resign dah dia ni taktau sapa plak jadi HR.

ini pulak si rajiv, rakyat nepal sebenarnya, mesti dia bangga dengan manisha koraila. sangat dan terlebih sporting. tengok le aksi apa dia buat tu? aku rasa kalau rikues suh bukak seluar pun maybe dia memerlukan 15 minit jugak untuk konsider. hahaha..lucah btul. dia ni supir, tapi lepas kete sebijik tu tak pakai dah, dia free dan melakukan kerja-kerja pejabat sebagai piun. kadang-kadang khidmat dia digunakan untuk menghantar dokumen ke partner JV. yang best dia ni baik, senang berurusan ngan dia. tak pernah mengharap bayaran tips. maybe sebab dia orang nepal kot?

sebelah aku tu deepa. dia ler yang hantu kemre nih. so aku terjebak bergambar dengan mamaji si jaspreet kaur. masa ni jaspreet gemuk sebab peknen anak nombor dua. la ni kurus dah dan dah kembali bekerja pun. jaspreet ni kerja bahagian akaun. so, apa-apa hal kadang tu terlebih rajin sampai sub-contractor bleh tau kompeni dapat payment apa-apa cheque ke.. nahas!

ini lah hobi masa lapang mereka. macam budak-budak!! yang bergusti tangan dengan rajiv tu adalah hitesh merangkap jurutera buat bil dan planning. tapi planning dia tak pernah wat mende pun. yang dia tahu surf tenet.. cari keje lain. dulu pernah resign pastu mai balik. ngada-ngada btul lah! siap suh bapak dia call opis pasal dia nak keje balik. kalau kita mesti malu nak involve family dengan kes macam nih. mintak simpang lah. tapi dia ni rajin je nak tumpangkan aku naik moto dia balik ke guest house waktu kete tak available maybe boss pi miting atau meronggeng mana-mana. ok lah, mari mood dia nak ok, ok lah. masa dia mari mood mengada tuh, malas aku layan si hitesh nih. tak matang mengalahkan dah ada anak sorang pun! haha..

ini aku sebelah deepa. deepa ni dulu hakim minat sangat tapi hakim apakan daya dirimu menyahut seruan JKR pastu terhegeh-hegeh nak suh aku email gambar deepa kat kau. nah kau save senirik ye. haha.. jangan la jeles sebab deepa yang nak bergambar ngan aku sebab aku tuan kemre. nasib baik hari ni deepa pakai baju lengan panjang. kalau tak dia ni sleeveless aje. deepa ni reciptionist. hebat bab-bab menjawab talipon.

eh, ada nisha jain di antara kami. nisha ni pun berangin jugak satu badan mari hari dia biol. haha.. selalu mai keje lambat dan alasan dia terlepas bas. tak pun sakit kaki. esok tu pulak lupa nak kunci jam. tulat plak beca tak available. macam-macam. dia jugak merupakan manusia yang suka buat format seniri sebarang surat atau dokumen yang penting untuk di email kepada HQ. jenuh la sapa yang in charge atas dia. kak niza memang kena amend selalulah jawabnya. tapi nisha ni sensitif. korang jangan la nak cakap lebih-lebih satgi dia mengadu kat kawan-kawan dia kata korang nak ngorat dia. hahaha..dia anak tunggal. kawan karib si neelam gupta tapi neelam resign tak dan nak bergambar ngan aku. ngada ko neelam, dah join gomen india ye. kerek la tuh! dulu nisha ni reciptionist, naik jadik HR pastu duk bahagian kontrak bila neelam resign.

ni aku ngan rajiv dari arah pantry. rajiv ni asal ada kemre je nak senyum kambing. tak pe lah, asal ko bahagia. nasib baik ko tak banyak songeh. mr. mak hon ming dulu pun selalu puji ko sambil kutuk-kutuk si shyam sunder supir tersohor tuh.

ini ok jugak servis dia. bawak kete macam ribut. ke dia mabuk? aku heran dia drive tapi takpernah eksiden. kalau ada konflik pemanduan berhemah pun balik-balik lepas bergaduh dia je yang berhemah. sume orang lain tak berhemah. hahaha..dia ni masa pi agra suh dia drive. ok je, siap dia yang nampak lagi beriya nak pergi. kenapa agaknya?

No comments: