Tuesday, September 1, 2009

antara sedar dan tidak

suasana tengah hari yang sungguh panas terik. pemandangan kampung seperti hari-hari berlalu, dalam pada jarum jam semakin hampir menunjukkan masa 12 tengah hari, terdengar tumbukan lesung batu berdentam-dentum menggambarkan populasi masyarakat yang cukup gemar sambal belacan. sambil mengutip pucuk-pucuk ulam, dua jiran sibuk bercerita hal semasa.

pak ngah mat taib telah lama bersiap. baju kemeja rona biru kelabu dengan seluar coklat, rambut disisir rapi. pak ngah mat taib turun ke tanah, menyarung sepatu hitam tanpa bersarung kaki. terus menuju ke bawah rumah, menghidupkan enjin motosikal EX5nya dengan minyak dipulas beberapa kali.

"wohh! pulas deras lagi kot nak bagi runtuh rumah ni." mak ngah turun ke tanah menyarung selipar sambil melibas selendang ke belakang. dompet kecil diapit di celah ketiak, dompet yang diterimanya percuma dari kedai emas 4 tahun dulu.

"orang nak panas enjin. mika tahu penamo?" balas pak ngah mat taib selamba.

dalam pada itu, seorang wanita sedang menyidai baju di ampaian, dengan sekadar berkemban basah, air menitik dari hujung kain batik terus membasahi bumi. kain diambil dari dalam besen, diperah-perah, lalu dilibas-libas bagi membuang titisan air kemudian disidai.

"wohh!! nak ke mana tuh??? pakai lawa macam nak gi jauh." tanya wanita ini.

"makan kenuri." jawab mak ngah.

"hoo..kenuri demo di baling tu ka? kena belah mak ngah kan? ada nampak demo baling mari 2 minggu sudah. madah kenuri la tuh kot."

"ho lah! anak dua pupu dengan kami. ingat gi ni nak tengok orang tua demo tu sakit." jawab mak ngah lagi.

brommm! brommmm! kini motosikal pak ngah telah sedia untuk bertolak pergi. ditunggangnya ke tepi mak ngah yang maih berdiri bersembang.

"tak pa lah na. kalu sapa cari cerita kata kami gi makan kenuri. gi dulu lah weh." kata-kata mak ngah mengakhiri perbualan.

tangan mak ngah memegang erat bahu suaminya. kaki kiri memijak pedal, tangan kanan menyepit kain batik seraya membuat jangkauan mengangkang yang luas untuk duduk membonceng.

"allahhhhhu akbar!"

brommmm!!!! dengan pantas, dari gear satu, pak ngah mat taib meluncur laju terus menukar gear seterusnya dan hilang dari pandangan.

ibu ayam berlarian dikejar ayam jantan. burung murai hinggap di dahan jambu, berkicau-kicau memanggil teman lain. bunyi dentuman lesung batu masih kuat berdentum. begitu juga kedengaran minyak panas meletup-letup menggoreng ikan. dari rumah batu cikgu wan ghani, bunyi mesin pengisar nyaring memecah suasana.

brommmm!!! kelihatan pak ngah mat taib kembali ke halaman rumah.

"patut berasa ringan. tak dok oghe di belakang." suara pecah pak ngah mat taib menggamit rasa curiga wanita yang menjemur kain tadi.

"wok po???"

"mak ngah mu nih! aku ingat dia ada duk di belakang." jawab pak ngah.

"aduhhh! tunggu la oghe naik duduk betul dulu. ni dak! tak dan dan nak pulas minyak. sakit la belakang aku. pimpin sat. tak jadi la nak gi makan kenuri." jawab mak ngah yang sedang terbaring di atas tanah.

"lerr..tak dengar suara pun. kami pun tak perasan mak ngah jatuh. yang pak ngah ni pun satu kalut nak lekas sangat. tak dan oghe nak duduk molek pulas minyak slalu. nak gi kenuri jah bukan nya nak ke mekah pun!"

"mika tanak nasik dah ka?"

"dah! tak po lah, lepas usung mak ngah tu, mari makan di rumah kami je lah. nasik menggelegak dah tadi. bukan jenuh nak pengat dapur kayu, la ni oghe pakai periuk letrik dah. hahaha..."

4 comments:

missone hazel said...

cian ka mak ngah

Anonymous said...

HAHAHHAHHAH....lawak la...bleh bygkan mak ngah jatuh tergolek...kat kg aku pun ada cmtu gak..tp org tua..naik ngn cucu dia...sian org tua tu..trus paralysed...


sir

Cik Faridah Huda said...

suka bayangkan mak ngah ngah sepit kain kot celah kaki nak naik moto tuh............

SYED NAHAR said...

kak wan : awat hang penah rasa ka? hahaha..

sir : weh sir gelak tu cover2 skit takut org lain nampak...hehehe. gila paralysed trus???

mek : kita nak cerita kena detail. aku tau hang mesti bleh bayangkan sbab aku ngan hang mmg sama ja kepala otak. hahahhaa..