Friday, May 22, 2009

tahniah buat sonu

"sonuuu...chai!" atau "sonuu...panni?" kemudian jawapan yang dibalas adalah "han jiii??" inilah kehidupan sonu, seorang budak lelaki yang umurnya hampir 20an, mungkin 18 atau mungkin 19. umur itu tidak bermakna sonu tidak mampu menjejak kota new delhi untuk mencari rezeki. sonu segak, setiap hari berkemeja lengan panjang kemas berbutang kacip di pergelangan tangan, berseluar hitam dan rambut disisir rapi denan ramos.

sonu si chai walla, mereneh susu bersama teh perisa masala, kemudian dihidangkan kepada setiap mereka yang berada di pejabat. sekali di waktu pagi, kemudian selepas makan tengah hari. teh masala atau chai merupakan minuman tradisi masyarakat india utara. sonu berasal dari negeri bihar, sebuah negeri di bahagian timur india.

bihar sebuah negeri yang miskin. populasi yang meningkat rata-rata bekerja sebagai buruh di ladang yang dipunyai oleh seorang hartawan. ia mirip zaman feudalisme yang mana rakyat hidup dalam kongkongan, yang melanda eropah sebelum sejarah revolusi renaissance. di negeri bihar, tidak banyak peluang kerja. ibu negeri bihar adalah patna. bihar sering dilanda banjir, memusnahkan sejumlah besar tanaman. hujung tahun lepas bihar dilanda bah yang dahsyat sehingga membawa pihak unesco dan badan dunia lain untuk berbuat kerja amal di bihar bagi menyelamatkan terutamanya anak kecil yang mati akibat tiada makanan.

ladang yang dipunyai hartawan yang cukup bengis, memiliki senjata api juga suatu perkara biasa di bihar. buruh di ladang cukup tertekan, hidup dalam ketakutan dan tiada apa yang boleh diubah hidupnya selain berhijrah ke kota lain. tidak hairanlah, jumlah besar buruh-buruh binaan di new delhi berasal dari bihar. mereka dipanggil bihari. seorang bihari biasanya sukar mendapat peluang belajar di sekolah, kerana masalah wang dan darjat.

seperti sonu, dia berhijrah, menaiki kereta api sejauh perjalanan 2 hari. tiba di new delhi tanpa saudara mara. nasibnya cukup bertuah kerana menjawat jawatan chai walla. sonu kini sudah mampu tersenyum walaupun pernah jatuh akibat kemalangan tika menunggang skuter milik syarikat. hidup sonu terlalu sinonim dengan chai, oleh itu enak atau tidak teh masala yang disediakannya, itulah penentu jatuh bangun kariernya. tanpa sebarang sijil, sonu hanya mampu berpuas hati dengan tugasnya di dapur.

hari ini sonu gembira. segera dia menunjukkan sehelai sijil. ia merupakan government secondary school certificate of bihar state, lulus semua mata pelajaran, termasuk kertas bahasa inggeris dan amali sains. kini sonu mampu berangan-angan untuk menjawat jawatan seperti kerani kerajaan. mungkin tuah sonu telah membuat lembaran menutup kejadian. sonu tidak malu menunjukkan kepada seluruh warga pejabat akan sijilnya.

tika ditanya, sungguh kita teruja melihatnya memperolehi lulus semua mata pelajaran. sonu yang tidak boleh membaca atau bertutur bahasa inggeris telah membuat khabaran gembira kerana lulus peperiksaan ini sedangkan dia berada di new delhi. sonu senyum, terus memberitahu dia turut teruja dan seakan tidak percaya. sememangnya dia tidak pernah ke sekolah. dia bersyukur kerana abangnya telah menduduki peperiksaan itu untuk dirinya sebagai wakil. tahniah sonu dan syabas kepada abang sonu di negeri bihar.




terjemahan :
chai - seperti teh tarik di malaysia cuma ia dibuat dari teh perisa masala.
panni - air
han ji - ya tuan (ji bermakna tuan)
chai walla - si pembuat teh (tea boy/lady)

9 comments:

HasanahNordin said...

aku pun nak soh orang lain lah gi interview tok aku..haha..

missone hazel said...

kak wan pun nk sama.hohoho

the bongsu said...

:o ;p =( (-.-) ('O')(^.^) (*.*)

*perasaan bercampur baur sonu*

Cik Faridah Huda said...

sentuhan jari jemari terhadap cerita ini sungguh klasik....i like!!!!!

SYED NAHAR said...

senah : itulah yg ironinya berlaku disini..hehe..

kak wan : eh ko ni ikut2 plak. baik gantikan org utk pi keje. ko bleh tido kat umah. haha..

anand : eleh ko mesti bayangkan sonu tu ensem. blah la. hahaha..

mek : org lain diskus pasal cerita, ko plak kisahkan penggunaan tatabahasa klasik. hehe..

the bongsu said...

sonu..terbayang cerita slumdog :O

SYED NAHAR said...

dah tengok dah? dulu kata tak tgk lagi. beli dvd ka??

the bongsu said...

tak habeh tgk lagik..br tgk sket..aku xsuka anil kapoor haha..donlod donlod ;p

SYED NAHAR said...

ceh hang memang.tau nak minat amir khan ja...gatai!