Wednesday, May 20, 2009

suasana peperiksaan di uttar pradesh

suasana sesak di dalam dan luar kawasan sekolah. ibu bapa tidak mengenal erti penat, patah untuk jemu melihat anak sendiri menduduki peperiksaan. keputusan yang cemerlang amat penting untuk menjamin tempat di peringkat yang lebih tinggi sama ada ke kolej perubatan, pusat latihan kejuruteraan mahupun di bidang pengurusan fesyen. ada juga tempat disediakan untuk ke kolej latihan krew penerbangan namun rupa paras yang cantik menjadi ukuran.

kepanasan yang membahang, membakar kulit setiap mereka yang bersidai diri. namun jelas di minda mahu melihat anak berjaya. hari ini merupakan hari peperiksaan di sekolah-sekolah seluruh daerah di negeri uttar pradesh, india. sememangnya jika di negara kita, ibu bapa mungkin akan hanya memberi ciuman harapan sebagai inspirasi kepada si anak supaya menjawab soalan peperiksaan dengan tenang. namun di sini, ianya berbeza.

seluruh pelajar dilihat tidak tenteram menanti kertas soalan diedarkan di dalam kelas. udara yang panas bebas berhembus masuk ke dalam kelas yang hanya bertingkapkan jaringan "wire mesh". terlihat jelas ibu bapa yang berdiri di luar kelas, berpusu-pusu berhimpit-himpit sesama mereka dengan tangan yang memegang erat dawai tingkap. anak-anak murid di dalam kelas kelihatan gugup dengan soalan yang bakal dibaca.

sebaik jarum minit jam di hadapan kelas menyentuh senggatan dua belas, seorang guru berkata "starttt!". seluruh pelajar dengan pantas membuka buku soalan. kelas dilihat memanjang ke belakang. sungguh padat dengan pelajar, mungkin ratusan pelajar. gambaran ini mengingatkan kita dengan kisah p.ramlee di mana satu kelas didiami lebih dari seratus pelajar. namun pelajar di sini adalah pelajar yang bertuah kerana keluarganya mampu menanggung kos persekolahan yang tinggi.

jeritan ibu bapa semakin kuat didengar. guru yang bertindak sebagai pengawas peperiksaan tidak dapat mengawal keadaan. seorang demi seorang pelajar membuka nota kecil yang ditulis dari rumah. nota kecil yang juga lebih dikenali sebagai "toyol" menjadi nadi utama para pelajar supaya mereka dapat menjawab soalan sebaik mungkin. guru menjerit memberi amaran di hadapan namun tiada yang peduli.

ibu bapa di luar kelas terus bertanyakan anak mereka supaya menjawab dengan sebaik mungkin. bagaikan menonton erlumbaan kuda, tangan melambai-lambai seperti memegang nombor ekor, ada yang melompat dan ada juga yang terpekik menyebut nama anaknya. seorang pelajar membaca soalan, menghadapi masalah bagi menjawab lalu kertas soalan itu dikoyak, direnyukkan dan dilempar ke luar tingkap. bapanya menyambut dengan cekap lantas terus membuka soalan itu. si bapa tadi menulis jawapan bagi 3 soalan tersebut dan kemudian ia dilemparkan kembali kepada anaknya.

pelajar lain ada yang terus menjerit kepada ibunya, membaca soalan-soalan. si ibu bertanyakan muka surat mana yang perlu dibuka bagi mencari jawapan tersebut. sungguh pikuk, suasana bertambah tidak keruan. ada di antara para ibu dan bapa yang mengoyak helaian buku teks lantas di lontarkan kepada anak mereka kerana gusar membazir masa anak-anak mereka menjawab soalan. senario ini terus berlaku sehinggalah masa menjawab tamat.

bentuk soalan biasanya merupakan subjektif di mana kertas jawapan diasingkan dari kertas soalan. kertas kajang disediakan oleh pihak sekolah untuk para pelajar menulis jawapan. namun begitu, setiap kali penghujung semester, kelihatan banyak buku teks sekolah bertaburan di tepi jalan. pelajar sekolah hanya membaling buku-buku teks mereka ke luar tingkap bas sekolah, kerana buku itu tidak berguna lagi. ia bukan bermakna mereka telah tamat persekolah, tetapi kerana buku teks itu telah tidak lagi mengandungi baris ayat ilmu. banyak muka surat yang telah digunting untuk dibuat nota ke dalam dewan ujian. ada juga yang dikoyak oleh ibu bapa yang telah bertindak mengoyak halaman itu kerana khuatir masa yang singkat diberikan semasa menjawab soalan peperiksaan. pelbagai lagi sebab musabab lain, namun itulah fenomena peperiksaan di sini.

4 comments:

the bongsu said...

wey away dasat sgt skolah depa..mcm pesta jwb exam..terbayang kekalutan para ibubapa demi mengubah nasib keluarga..tp mampuke?

-pejuang keadilan & keamanan *haha*

missone hazel said...

biar betol???

suzana said...

betul ke ni wei..
kalo ko letak gambar sket mungkin bleh membantu untuk mengukuhkan lagi cerita ini...
hehehe mcm reporter daaaa.....

SYED NAHAR said...

anand : cuba ko gugel earth tgk skolah tagore international... mesti nampak. haha..yg ko gugel lokasi aku beli cotton pe hal? hahaha..

kak wan: betui la, siap masuk surat khabar lagi. parlimen india bincang macam mana nak settle. tu pun kena bincang ke??

suzana : tak de plak aku nak amik gambar skolah. tapi mmg ye la suzana. ko datang n tengok seniri. make sure ko book flight masa musim jawab exam. skang dah musim cuti skolah kat sini.