Friday, May 29, 2009

sarojini market

ini merupakan suatu pengalaman adventure yang perlu ditempuhi jika anda mahu membeli belah secara murah terhadap barangan aksesori dan pakaian. sarojini market terletak di sarojini nagar, tidak jauh dari INA market, kedudukan hanya bersebelahan ring road. di sini anda boleh menawar harga. paling gembira jika pada waktu itu terdapat kunjungan pihak penguatkuasa NDMC di mana para peniaga akan lari bertaburan. ketika itu anda akan dapat membeli dengan harga yang cukup murah. paling merimaskan adalah di penjual sapu tangan, kaca mata gelap dan tali pinggang yang tak jemu-jemu mengekori dari belakang untuk membuat promosi. selain itu juga, kaki anda akan lenguh kerana berjalan sungguh jauh, bahu juga terasa sakit kerana berlaga-laga, tapi ianya cukup mengujakan jika anda melanggar bahu awek cun.

2 comments:

missone hazel said...

adakah anda berkesempatan melanggar bahu awek cun?hahaha...

Anonymous said...

uncoutable..haha..

nahar