Tuesday, May 5, 2009

memori 4 waruna (part 1)

kringgg!!! loceng berbunyi menandakan tepat jam 10.30 pagi. kelas kimia cikgu dolah telah tamat. tapi tiada seorang pun yang telah bersiap ke makmal biologi, kelas puan ooi kim hong kecuali ashabul yamin. kini ashabul yamin telah pantas meninggalkan kelas menuju makmal.

aku masih di kerusi, menghabiskan sisa terakhir getaran jiwa bergelak ketawa bersama azizul othman. hani masih lena dibuai mimpi. sememangnya kelas kimia jarang sekali dikunjungi guru bertanggung jawab, cikgu dolah. seawal pagi bermula subjek kimia, azizul othman telah ke bilik cikgu dolah, menjemputnya untuk hadir mengajar kimia. namun cikgu dolah sibuk dengan kerjanya. menurut azizul lagi, cikgu dolah sedang menghadap komputer menonton wayang hindustan.

kelas kimia membawa keriuhan di kelas 4 waruna, pada waktu subjek inilah para pelajar akan bebas berbual dan bersahaja. pelbagai perkara peribadi dilaksanakan kerana amanat guru supaya belajar sendiri selalu tidak diendahkan. hampir 6 bulan, hanya sekali sahaja pelajar kelas 4 waruna menjejak makmal kimia. ini bermakna hanya sehelai muka surat buku amali PEKA di isi dakwat pena, namun belum pernah ditanda oleh guru terbabit.

nurtasnim menyimpan bukunya ke dalam meja, dimasukkan sepeket kerepek pisang ke dalam poket baju kurungnya untuk dibuat bekal ke kelas biologi. norfiza masih terbelek-belek buku di peti locker kayu belakang kelas. setelah hampir 10 minit, kini hampir seluruh pelajar mengosongkan kelas.

kami berjalan menyusur padang rumput yang sememangnya hijau mekar. sesekali tanah becak tampak berair, memaksa kami jalan perlahan-lahan gusar dikotori becak tanah. beberapa pelajar perempuan masih bukan di ambang sesi belajar, mungkin bosan dengan sesi pembelajaran yang bakal ditempuhi. perlahan-lahan husniyah, siti zalipah dan wan hazila berjalan dengan kain yang sedikit disinsing.

aku telah tiba di koridor, segelintir pelajar masih melintasi padang becak itu. tatkala itu juga terpacul keluar cikgu manogaran dari kelas aliran teknologi kejuruteraan seraya menjerkah, "hoiii!! siapa suruh pijak rumput??? sana jalan ikut koridor!!" jerkahan suara jantannya cukup bergema sehingga beberapa pelajar di koridor tingkat 3 memandang ke bawah.

perasaan malu pelajar-pelajar terakhir yang kesemuanya perempuan yang masih lagi melintas padang itu kini di tahap tidak terkawal. terdengar suara kecil wan hazila memanggil siti zalipah, "weyy, sir tunggu la kak wan. jangan jalan laju sangat!" bahu siti zalipah kini berdenyut-denyut menahan sebak malu. nurtasnim yang telah tiba di makmal ketawa bersama norhafiza sambil menutup mulut, waspada jika hilai suara mereka didengar puan ooi kim hong.

kini kesemua pelajar berada di makmal biologi, puan ooi kim hong dengan muka yang serius berdiri di hadapan. hari ini beliau memakai gaun paras lutut dengan berbaju baru, riben halus di dada bawah kolar bajunya juga memancing pandangan aku yang mana corak bajunya adalah tulisan, iaitu tertera nombor 4 digit "2000". fesyen kali ini mungkin menggambarkan permasalahan Y2K yang masih segar dirasai seluruh penduduk global.

wajah tegas puan ooi kian jelas. dia menarik papan hitam yang bergelongsor turun ke bawah. pembantu makmal perempuan meletakkan kertas soalan yang telah ditanda, iaitu ujian pertengahan tahun 2000.

bersambung...


sedutan episod akan datang :
siapakah yang bakal mendapat markah tertinggi bagi ujian biologi kali ini? adakah puan ooikim hong berpuas hati dengan prestasi anak muridnya?(ikuti mereka : ashabul yamin dan azizul othman)

20 comments:

the bongsu said...

wahh saspens nei kalo crta pasal result bio..wakaka..sbb semoa 'hebat2' blaka..hihi..

aku dpt byngkan ashabul yamin bejalan dgn laju smbl dok kendong buku bio..;p

NaFeeZ said...

hallooo...syed cepat sambung part 2...YA ALLAH..hebat gileer daya ingatan budak nie...pasni nak request story tempahan kad bunga dari hang plak... igt lagi tak? heheeee berebut customer ngn ahmad baqi..hahaa

natasha said...

omg..nk cite sal result test n exam bio plak dia ni..aku slalu dpt yg paling corot..huahua

SYED NAHAR said...

anand : wallaweh! haha.. yes sume tau ashabul kendong buku jalan laju mesti sampai makmal dulu.

ash : eh ko tak cuti bersalin lagik? haha.. berebut customer tak de tapi ada cite satu lagi nanti. part 2 akan dipublish esok. aku dah siapkan sampai part 4 daa...sehari satu post je. haha.

tasha : weh, bukan nak reveal sume. gila ka. mana aku ingat. haha..tapi tunggu part 2 la. haha.

missone hazel said...

kuang3x...wei,terjebak gak ye nama kak wan.betol2 wat pecah perut,gelak guling2 baca pasal 4w ni.wei,part cikgu dolah layan cita hindustan tu cam konpius sket.haha...tak sabaq nk baca part seterusnya,jgn lupa pasal pn lee chooi fun la ye...part best tu..hehe...

setelah diamati dgn seriusnya,terdapat beberaa typing error yg tlah dilakukan...di sini dimaklumkan...haha...

P1-baris kedua,seorang
P7-last line,salah tu eja nama pn ooi...hehe
P8-1st line,nama cikgu kesayangan asyabul salah eja tu.haha

NaFeeZ said...

bila bersalin baru cuti
tak bersalin tak cuti laa..laaa..laaa...tapi boleh suka suki nak mai keja or tak..ada rukhsah dalam bekerja.

SYED NAHAR said...

kak wan : weh nak gelak pun jangan la guling. cover2 skit. satgi satu meeting BOD cakap pasal hang, hantaq pi tg rambutan. hahah..tq sebab ingatkan kesalahan ejaan tuh. malam kang aku repair.

ash : oo tak tau plak ada rukhsah. kalau gitu boleh la kita buat jamak kerja pastu balik awal lah ye. hahaha.. jamak takdan!

Anonymous said...

Yes..I tak sabar nak dgr kisah pasal TERANG...

Pasal Cikgu Dolla tgk citer hindustan tu bukan aku la..Azabul yg nampak. Dan yang penting azabul juga berjaya mengkantoikan Cikgu Dolla sedang mkn di kantin ketika kelas Kimia

Nak request citer NoorHani sedang menyekat Azabul daripada memanggil pn Ooi mengantikan kelas Kimia...

Yang penting..Kisah Shahar dan ustaz Amir..LARIKKKKKKSSS

SYED NAHAR said...

wey azizul, hang ni mcm lah aku tak tau. hang duk sbelah yamin, sama je korang ke hulu ke hilir. hahaha...ye kot yamin yg nampak cikgu dolla cantik tgk hindustan. tapi yamin ke hang ke sama je. hahaha...

weyy azizul hang pun tulis la blog. mesti best aku nak baca! pasal hani sakat yamin tu aku tak de so tak leh imagine cite cam ner. haha...

weyy pasal ustad amir tu sensitip hahaha..benci kat dia! pasni kisah bio, baru kisah teghangg!

missone hazel said...

TERANG!!!!!! cepat story...hehe

Cik Faridah Huda said...

aku turut nantikan kisah hani dok ataih dua kerusi kat makmal Bio....lawak bila Pn Ooi kata dia dah sediakan kerusi secukupnya tok semua student BIO..tapi masih ada sorg lg x dpt tmpat duduk gara2 kerusi yg missing..sila rungkaikan!!!

the bongsu said...

yess mek..aku pown rekues kisah tuh..kisah tu aku xleh lupaa..lawak betoi!

SYED NAHAR said...

kak wan : part 3 baru masuk part teghanggg!

mek : nanti la. tu peristiwa hujung tahun.

anand : ceh main sapot2 mek plak dia. sian hani...hahaha..tapi kan anand aku ada story lain pasal hani iaitu "pendedahan eksklusif norr hani jusoh". lambat lagi. mau next next next weekkk...sila tunggu.

SYED NAHAR said...

okeh i rekues uols update blog. ok dok???

samsinar kay said...

wat can i say... the girls at the back?? (TGATB)...huhuhu....

SYED NAHAR said...

adakah anda juga sebaris dengan TGATB???

missone hazel said...

jom senaraikan TGATB
1-kak wan
2-sir
3-tasnim

jom smbg sapa lgi...

SYED NAHAR said...

mula2 4w ada 6 je jantan : yamin, cheweng, aku, mat dect, jelair n kicap.

pastu ada sekejap mawardi masuk just nak celek punggung atas kerusi. pastu kuar balik.

pastu dari 6 tinggal 4, jelair n kicap keluar.

so nak tak nak mmg laki duk 4 org je lah semeja. hahaha..

Anonymous said...

I x sehebat Nahar. Tak pandai nak mengarang neh..tapi ngumpat suka lo.

Pendedahan Ekslusif Noor Hani Jusoh..
wah..sgt dinantikan...

SYED NAHAR said...

ate..nanti ler..ikut turn ler. kang nak menaip semua naik berotot tangan teman. tunggu2 ler..ade nye keluor nanti!