Saturday, May 23, 2009

kisah 3 zul dan kepulangan pak ya


ini adalah pak ya. dia keje kat embassy. rasanya dia orang melaka kot tapi yang pasti bini dia orang perlis. lepas ni, pak ya dah tamat kontrak keje di new delhi dan dia dengarnya nak balik ke perlis. setiap ahad, skang ni semua rakyat malaysia di delhi akan ke embassy. suka rela masing-masing bawak makanan untuk sama-sama makan sambil buat aktiviti ringan.

kalau sebut pak ya, mesti akan teringat kuih karipap. sebab bini dia memang terer buat karipap yang sedap, first class! pak ya jugak hebat bermain ping pong. skill dia nak serve tu pun dah nampak style. belum smash lagik. tapi skill serve tu menurut encik ehsan CEO petronas kata fault, sebab bola ping pong itu tidak di baling ke udara, dan sepatutnya berada di luar petak gelanggang ping pong. tapi memang benar, encik ehsan juga hebat bermain ping pong. asal dia smash je, pastu dia buat muka cool je. orang ramai pun support la tepuk tangan. bodek ke? tak lah, jumlah rakyat malaysia yang sedikit ni, itu saja pengubat kebosanan. lepas ni mesti ramai akan rindukan pak ya.


ahad lepas, anak-anak teruna ini telah secara suka rela mempersembahkan gig percuma mereka. tak tahu lah mana mereka belajar guitar ni. tapi not bad bunyinya. dari 3 orang, yang tengah baju hijau tu anak encik azahar, regional manager MAS for south asia. 2 lagi tu anak prof rahmat, padanlah prof pun terus duk depan ngadap anak dia buat showcase. madame norlin yang baju merah tu sedang baca surat khabar. lupa pulak, prof rahmat ni dulu bekas timbalan naib canselor UITM. kepada bekas pelajar UITM, sila recognise beliau. beliau cukup mesra dan selambar. kelakar juga, even saya muda remaja, dia tegur sama macam tegur yang lain, siap gelak tuh.

ni gambar masa family day. lama dah dulu, tapi saya nak focus kepada yang berbaju putih. beliau adalah encik zulkifli. ya, teruskan keliru. kenapa terlalu ramai yang bernama zulkifli? haha.. encik zulkifli ini keje embassy. skrang dah ada kat mesia, end april dia balik. oh sekrang i rindu masakan isteri beliau yang sedap tu. encik zulkifli serba boleh, pandai menyembelih kerbau, pandai ilmu silat, sihat sentiasa seperti remaja kerana cukup lincah bermain bola sepak. anak beliau bernama aziq, dulu kacip ar dengan kita orang even aziq muda lagi. sejak tahun lepas aziq sambung belajar di malaysia, di kolej sedaya USCI. aziq ni even muda, dah drive mercedes di sekitar basant lok menuju embassy dan kembali ke vasant vihar. pernah dulu keluar tengok wayang bersama, termasuk zuhdi si kanak-kanak tu pun ikut, tengah malam tu wayang start kul 11. haha.. zuhdi anak encik rabin.

sebelah tu my boss encik anuar abdul, project manager berbaju denim biru. beliau cukup berjiwa rakyat. paling best beliau cukup stylo! nak tahu kenapa? lain entry la kita soksek-soksek. haha..


rasa nak juga expose gambar ni. pada hari keluarga, saya ingin mengambil gambar seorang juara makan sate iaitu encik zulkifli sulaiman. zulkifli lagi?? ya. beliau adalah akauntan syarikat kami di sini. yang mendepa tengan itu adalah my big boss. nama beliau juga zulkifli, iaitu zulkifli kamarudin atau lebih mesra dipanggil encik zulkay. tak kena mengena dengan mary kay tapi beliau cukup tegas, hebat bermain bola sepak, peminat manchester united dan juara slum! eh sekali lagi nama zulkifli ditulis? ya. sekarang jawpannya terjawab. encik zulkay adalah general manager atau kini selepas diselaraskan beliau adalah vice precident. beliau adalah insan yang telah melakukan sesi temuduga ketika saya apply keje sini. seriously cukup takut dan aura beliau cukup gempaq!!!

No comments: