Monday, May 4, 2009

gelaran part 6 (akhir)

kita teruskan dengan subjek kita. diharap semua pembaca dalam menyediakan pen dan kertas bagi menyalin isi-isi penting seterusnya dinotakan secara peta minda. bagi yang baru saja mengikuti ruangan ini, bolehlah anda semak kembali slot gelarat part 5.

26. pak halim
tuan haji abdul halim bin abdul aziz atau pak halim adalah bekas pengetua seratas yang amat dihormati. perlakuan beliau menjadi perhatian sekalian pelajar dengan pesona kredibiliti dan tanggungjawab. azizul othman digelar “pak halim” hanya kerana raut wajah yang serupa dan kecondongan sisi kepala atau teleng hampir 45 darjah. tatacara duduk selepas tahiyat akhir azizul juga serupa, kecuali pengetua pak halim tidak memakai seluar sesingkat azizul atau skema. azizul jua pernah dipanggil “cheweng” berikutan kata-katanya yang mengganggu keselesaan orang ramai. tiap kali mengejek, azizul akan berulang kali menyebut “cheweng”. oleh itu, ramai pelajar mula memanggilnya “cheweng”, bagaikan serasi dengan dirinya. selepas perhimpunan pagi, seluruh pelajar lelaki akan bergerak dalam barisan, diperhatikan oleh para pengawas yang sentiasa berusaha memeriksa kesalahan pelajar lain. azizul pernah ditahan berikutan beliau memakai seluar hijau sekolah yang terlalu senteng, mengalahkan micheal jackson. namun, gelaran itu telah lama dinobatkan kepada “jacko”.

27. pak ohm
subjek kemahiran hidup sememangnya menjadi kesukaan ramai pelajar lelaki. kali pertama mempelajari ilmu berkaitan elektrik, menjangkau persamaan arus yang berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan (penulis hanya mengagak kerana sudah lupa ilmu fizik ini). menyentuh perihal rintangan, magnitude bagi rintangan ditulis dalam ohm. ini berkemungkinan besar menjadi punca asal gelaran “pak ohm” milik shamsul shahril yang kini sudah berumah tangga dengan “stim”.

28. stim
“stim” atau “mata stim” menjadi milik norhasliza yang merupakan peserta musabaqah terkemuka seratas. penganugerahan ini dibuat berdasar kekuyupan mata milik norhasliza yang unik, sungguh stim. perkataan stim merujuk sejenis mata yang kuyup mengantuk, dimana ia seolah-olah terbuka separuh apabila kelopak mata memayungi bebola mata dengan hanya memberikan penampakan separuh terhadap kornea dan cecair gelamaca, seterusnya membuahkan sebuah mata yang cukup redup, seredup mata memandang. kini norhasliza telah bekerja sebagai guru.

29. tazmania
apabila kita menyebut nama tasmania, ia merujuk kepada sebuah pulau yang terletak di selatan australia, yang merupakan satu-satunya tempat yang mempunyai salji tatkala musim sejuk di negara kangaroo itu. namun, ia juga sinonim dengan nama seekor binatang yang digambarkan sebagai cukup ganas dengan memakan apa saja, iaitu beruang tasmania yang telah diadaptasi dalam animasi tazmania, walhal secara semulajadi haiwan itu cukup sopan lagi pemalu. nama ini telah mengundang nestapa buat nur tasnim yang mempunyai jolokan nama yang hampir sebunyi. pencipta asal gelaran ini adalah suhaili basri yang tidak berpuas hati dengan nur tasnim yang cukup dimurahkan rezeki kerana memiliki cukup banyak bekalan kerepek dan pelbagai jenis makanan lagi di bawah meja. pernyataan suhaili ini lagi telah dikuatkan lagi apabila cikgu sabihah pernah menegur nur tasnim yang cukup tersembunyi memakan kerepek pisang di dalam kelas, iaitu apabila ianya terbongkar apabila bunyi kerangupan kerepek yang dikunyah nur tasnim didengari cikgu tersebut tatkala salah seorang pelajar sedang mendeklamasikan sajak.

30. tahi
dek sikap lagho pelajar lelaki yang cukup menjadi kenangan, mohd zaimi bin fiak telah dikaitkan dengan seorang senior yang dipanggil “yik”, mungkin rupa paras yang sipi-sipi serupa. namun, kreativiti beberapa pelajar menambah sebutan yang bukan imbuhan kata kepada perkataan “yik” supaya lebih sedap dan mudah diingati, iaitu “tayik”. “tayik” merujuk kepada sejenis bahan sisa yang dinyahsingkirkan dari tubuh manusia sebagai hasil produk pencernaan, kali terakhir mengalami resapan air di usus besar atau kolon seterusnya keluar melalui pintu anus. produk ini lebih dikenali sebagai tahi. tahi ini diklasifikasikan sebagai najis mutawassitah. gelaran milik zaimi atau jimmy ini dikuatkan lagi apabila zaimi merupakan ahli rumah sukan helang, atau rumah kuning di mana kuning digambarkan kepada warna asli merujuk kepada cirit birit.


sekian sahaja sesi ungkit-mengungkit kita yang berkisar tentang asal usul nama gelaran. ini merupakan slot terakhir, kerana kurang sambutan. sebarang maklum balas bolehlah ditulis isinya di dalam ruangan komen.

14 comments:

missone hazel said...

woi,agak2 la wei.alergik sket klu bab2 nk komplen umah helang ni...

SYED NAHAR said...

haha..ko seorg je yg nak mempertahankan kehelangan ko tuh. haha..zaman skang rumah sukan dah tak de mende, hahaha...sila lah kecam. haha..rilex ar weii. haha.

naeims_ab said...

woi, takkan dah habis kot?? banyak lagi nama2 yg hang tak sebut... tolong kupas asal-usul gelaran nih...
1)amin (karen)
2)rozanizam (mat indon)
3)mokhtar (cikgu yeoh)
4)ahmad fazlan (mat jani)
5)muktame (sahar)

banyak lagi la...

Anonymous said...

apabila diriku membaca tulisan yang menyatakan ini merupakan slot terakhir asal usul gelaran nie...diriku merasakan agak sedih kerana banyak lagi gelaran-gelaran yang blum dikupas lagi oleh penulis...seperti yang dikatakan oleh naim aka kepala, mmg banyak yang blum dikupas...mungkin hal ini kerana penulis kekurangan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mengupas asal-usul gelaran dan juga kurang sambutan dalam memeriahkan slot ini...

diriku mengharapkan yang penulis dapat meneruskan slot asal usul gelaran ini...diriku dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada penulis dengan memberi komen untuk memperbaiki asal-usul yang diceritakan oleh penulis sekiranya ada kesilapan dan ianya dalam pengetahuan diriku...

di sini aku ingin mengomen tentang asal usul 'pak ohm'...seperti yang telah diriku komen tentang gelaran 'mat tulang',gelaran 'pak ohm' yang diperolehi oleh Shamsul Syahril adalah pada ketika khairul azam memberi gelaran kepada 'mat tulang'...khairul azam memberi gelaran 'pak ohm' tanpa ada sebab musabab yang tertentu (kalau tak silap la)...ini kerana seingat aku, gelaran 'pak ohm' tu terpancar secara tiba-tiba dari mulut khairul azam...dan gelaran tu terus melekat...kenapa shamsul syahril yang dapat gelaran 'pak ohm' ini dan bukannya org lain bersepah dalam dorm D14 tu?...hal ini kerana 'pak ohm' sorang saja yang telah ketawa berdekah-dekah apabila gelaran 'mat tulang' diberikan...sedangkan yang lain hanyalah mengukir senyuman yang tidak ikhlas (biasa la,khairul azam tu senior kan, jadi tak bleh la nak ketawa lebih-lebih sebab dia tu agak serius orangnya)...dek kerana itu, gelaran 'pak ohm' pun diterima oleh shamsul syahril tanpa kerelaan or tak, tak pasti la..

oleh itu, diriku telah menceritakan dua daripada tiga gelaran yang telah diberikan oleh khairul azam pada waktu yang singkat tetapi digunakan sehingga tamat persekolahan, bahkan nama itu msih lg digunakan sehingga sekarang apabila terserempat sesama rakan sekolah...

jadi diriku sangat berharap yang penulis blog dapat menyambung lagi slot asal usul gelaran ini...

sekian terima kasih...

wassalam...

SYED NAHAR said...

wahh ada rekues nak suh aku sambung? mmg menurut buku yang catit nama-nama gelaran, hampir 60 keseluruhannya. so nkalau satu slot dikupas 5 nama gelaran, aku akan abis pada slot ke-12. bukan apa, aku desas desus kurang best diterima dari email ku, yang menyatakan ianya bertentangan dengan syarak (apa aku merepek ni?) mahupun menggambarkan seperti mencemar duli org lain. sama seperti komen yg aku terima di laman forum seratas di yahoo group. selain itu, ada jua ura-ura lain yg spekulasinya bermula di group friendster, rassmate blum lagi sebab aku tak brapa aktif di situ. hehe..rekues anda akan saya forward ke pihak HR dan pengurusan NAHARinternational-inc. trima kasih kepada naim dan cik anonimes yg seakan dirinya berofis di wangsa maju. trima kasih, so far setakat 2 je rekues tak cukup nak isi memorandum. so, let see how. macrieda is my image consultant tak pulang lagi dari bercuti di brisbane, manakala cik sir selaku pengelola acara (apa aku merepek ni?) sedang cuti beranak..eh silap cuti kawen sebulan. hehe..so far ia terhenti dahulu di sini hingga kita bertemu lagi kalau slot seterusnya dirikues ramai. ini merupakan lanjutan dari keputusan novel nukilan penulis yg telah digantung dahulu dari dipublish. hanya cik anand dan macrieda yg sempat baca.

naim : bukankan muktamir dipanggil pakcik? haha..mmg asal dari shahar tapi takut diketahui umum.

anonimes : thanks a lot mr enggangite.

...hurmmm??? juntai? salamander? aman chorn (opsttt jangan senyum anda di ofis), awak, apek...dan etc yang banyak lagi dlm list aku.

Anonymous said...

hmmm...adakah pemilik blog telah berjaya mengenal pasti identiti sebenar diriku?

Anonymous said...

kalau dah berjaya kenalpasti pun, please don't revealed it...me don't want anyone to know who i am...

SYED NAHAR said...

mmg dah bleh agak sebab cara aku baca tulisan ni aku mmg suka agak sapa. hehehe...rilex ar. difahami. bila ko nak tulis blog wahai incik anonimes? sampai bila nak jadi stalker?? hahaha..

Anonymous said...

KANN..Slalu pkai seluar senteng katenyer. Well, I TERIMA tapi i cdgkan uols buat posting bertajuk "Kembar seiRas di SERATAS"
\
NAHAR dgn N.A.H.A.R ADE BEZA TAK?
Apepon bukan SHAHAR tu nama timangan Pn Ooi dekat.....Ups!

SYED NAHAR said...

haaa...skang aku ada modal!!!

apa lagi azizul. tulis la blog jugak. bleh la hang kutuk aku puas2. hahaha...weh tulis kena ikhlas bukan utk membalas dendam, tapi membangkitkan semangat ukhwah. haha..

missone hazel said...

byk lagi yg belum terkupas ni...antaranya apoie...hehe...sambung2,byk permintaan ni...

SYED NAHAR said...

korang kena wat memorandum, sign ramai2 baru aku continue..hahaha..

Anonymous said...

Pak Lim tu Mak Cik kantin Zalina tu yg stat dolu..tapi I suka jerrr

SYED NAHAR said...

sejak bila mak cik zalina keje kantin? dia assistant puan ooi kim hong lah!!! hahaha..