Thursday, April 30, 2009

suatu ketika dulu ia pernah berlaku

hello you all, i nak getik-getik skit. saje nak bagi mawardi meluat. haha...rilex. tak de mende. cuma nak bawa anda semua mengimbas kisah silam yang mungkin tak de kena mengena ngan diri kita, tapi dalam kalendar seratas pernah menjadi berita, mungkin ada yang lupa tapi meh aku nak mengungkit;

1. 16 cm

ingat tak korang kat sorg jantan kurus kering nama mohd lazim? dia ni kunun expert dalam subjek kemahiran hidup sebab selalu ada je LED dalam poket baju melayu dia masa prep malam. si lazim ni secara lazimnya dianggap annoying sikit, mungkin sekarang tak dah. dia dulu agak berani duk sebelah senior pastu siap tanya soalan killer, contohnya adalah "kenapa abang azizul cakap dengan saya tapi pandang kat lain?". justeru cheweng bagi pelempang!

nak dijadikan cerita, si lazim ni mungkin teruja tengok teman-teman melangkah ke alam dewasa yang penuh foya-foya dan hura-hura, seperti fly ke taiping. menurut si pemilik bau badan semerbak stokin si abizar, lazim ni first tima nak fly, so pergi dalam 4 orang. mula menyelinap lalu bawah pagar belakang dewan besar, slow-slow jalan merentasi tapak bina surau skolah tunas bakti. skali mak guard skolah tu nampak, tiup wisel! preeepppp!!!!!! lazim and the gangs lari berterabur. lazim yang kekok, tak cekap lagi hafal short cut telah tersadung kakinya lalu terjatuh. lehernya tercucuk starter bar keluli yang dicondongkan itu. terkial-kial macam kambing nak kena sembelih. segera dia dibawak ke spital taiping.

ada soksek-soksek kata dia hampir mati, lagi 16 cm nak cucuk tembus ke pembulur darah. sungguh tragis sejarah hidup lazim. parut di lehernya jelas kelihatan sehingga kini aku rasa-rasa lah. sejak tuh, diadakan bacaan surah yasin, selalunya dihadiahkan kat orang yang meninggal tapi kali ni untuk lazim yang nyaris nak mati.


2. cikgu omputih

ingat tak korang sume kat 2 cikgu yang didatangkan khas dari england? jangan nak memandai pi jawab nama cikgu pendidikan jasmani berbangsa serani si paul leonard arielle. nama mereka adalah rozanna bailey dan emma norris. depa dua ni memang menjadi tumpuan mata-mata kita yang peghak. tapi memang peghak tengok omputih pakai shawl buat kain. muka pulak macam tak mandi. cik emma norris tu panjang gila, yang rozanna agak gebus. diorang ni best, masuk kelas bukan ajar sangat, balik-balik buat kuiz kanak-kanak seperti spelling bee. no wonder ler, diorang ni berkepit ke mana ke mari, bak kate orang kelantan, kacik tuh!

aku tringat lagi, minah saleh ni pi kantin, nak soru kot. tiba-tiba dia tanya, jari menuding ke arah nasik goreng bodo pak cik kantin galak tuh. kebetulan ada taro, tua setahun dari kita. taro ni memang kiut. dia dengan bangganya jawab "fried rice". minah saleh 2 orang ni pun tepuk tangan kunun congrate taro. taro punya kembang sampai jalan blah dari kantin, mata tengok belakang, riak punya pasal kaki masuk longkang seraya jatuh! berambat lari cover malu seminggu. emma norris dan rozanna bailey pernah memberi kata akhir melalui surat yang dipublish dalam majalah redaksi kot, dia paling rindukan monyet seratas yang nakal dan takkan lupakan laungan azan di subuh hari. maybe first time kot!


3. rompakan mega

ingatkah anda suatu masa dahulu asrama kita telah dirompak mereka yang tidak bertanggung jawab? pulang saja dari prep malam, ramai yang terkejut babun tengok bilik kena selongkar!! ingat asrama laki je kena, rupanya asrama pompuan lagi dasyat. ramai yang hilang barang berharga. kan dulu warden duk pesan, jangan bawak barang berharga ke kelas nanti hilang kena curi. kan dah tak de insuran, simpan kat asrama lah lagi hilang terus.

kecurian ini boleh dilabelkan sebagai projek mega perompak tersebut. bukan sekadar seratas, dengar khabar sekolah pertama yang menjadi mangsa sekolah teknik, kemudian seratas dan ketiga kalinya terjadi di mrsm taiping. jikalau anda turut menjadi mangsa, apa yang hilang? kalau stakat telekung bertahi lalat tak yah la nak cerita. kalau baldi berconteng "nak shampoo mintak kebenaran! tak halal"...tak yah la perompak tu pun tak hingin.


hahhh?? ingatkah anda peristiwa tersebut sekalian wahai pelajar seratas?

11 comments:

Cik Faridah Huda said...

absolutely aku ingat setelah diingatkan oleh ang.....komen ikut turutan kisah...

1. Mat Lazim...macam hukum hakam tajwid pulak...nak kate aku igt 100% adalah mustahil..tp..aku dah terbayang muka mat lazim neh...adekah selepas beliau kena insiden itu..beliau teruskan persekolahan di SERATAS..kurg pasti sbb aku cam x brapa nmpk muka dia di detik2 akhir kiter berada di form 5...dr riak wajahnye..dia mmg nampak agak lurus...dan kurang keyakinan diri...

2. Cikgu omputih...mestilah igt...dok kat aspuri kat bilik saket...tempat seram sejuk tuh..depa bg Emma n Rozanna tu menginap...hebat ingatan ang sbb leh igt nama penuh depa dua nie...tapi depa dua agak loqlaq...nama pun org puteh...time x de air kat asrama puteri...depa si Rozanna Bailey ngan selambenye menuju ke watercooler groundfloor tok mencuci pakaian keciknye...erkkkk....sape yg tengok...mmg rase mual...lama jugak la nak pulihkan ingatan...aku mmg x ambek air kat watercooler tu setelah menyaksikan diri adegan itu....

3.rompakan mega..kes terjadi di tahun 2000...aku sangat ingat sbb aku adalah salah seorang mangsa perompak durjana itu...antara benda aku yg hilang...purse..walkman yang baru beli...dan juga 2/3 bungkus produk aku yg disimpan dlm locker..sempat tuh bedal!!seb baik aku bkn bendahari memane club..tidak jenuh aku nak ganti...

[DnaZz] said...

aku pon turut nak mengomen..

1) mat lazim..mula2 aku dah ilang ingtan pasai mamat nie.bila ang mention nie junior, bru ingtan aku pulih.Aku sokong kata mek, mmg dia kuruih serta kurang keyakinan. xsangka dia ada keyakinan itu cuba melompat pagar walaupon tersasar jauh 16cm ke dalam.Dia cuba buktikan pada mata kita bahaya dia ada keyakinan dan nmpaknya dia tidak berjaya.

2)Cikgu ker depa nie?aku rasa macam bdk2 jer. Pastu dok mngedik dgn senior sorg tu yang sgt pandai ckp omputih *xingt nama apa*. xsuka!aku jeles!ngi3..apakes?

3)rompakan mega?seriyus aku xigt!ade ker?dorm aku ade ker?kak wan tolong refresh blik.dorm kita xkena kan??

SYED NAHAR said...

mek : yess mek! u r right! tak sangka plak dia basuh sependar dia kat water cooler. tak senonoh btul. hahaha tapi kelakar. dia tak biasa ngan adat melayu kot. pakai baju kemeja pun nampak claevage luas terbentang. haha..

achik : mesti la ada achik weii..rompakan tu kalau hang balik bilik habis bilik kena selongkar!! sila refresh ingatan anda!!!

SYED NAHAR said...

aku rasa mcm mat lazim tu budak band? mmg dia masuk seratas balik lepas dah sihat.

Cik Faridah Huda said...

memang die budak band...
aku mmg dah dpt bygkan muke die pakai baju band...tp x igt die main instrument ape...yg pasti bukan section aku..Clarinet!!

SYED NAHAR said...

trombone kot. yg pasti pae je yg main kastenat dulu. kedian aku nampak pae main alat lain. ye ke?? rafidah main drum kan?? eh ye ke? lupa. yg paling aku ingat, EBEN main drum paling besar! dum dum dum!!!! achik pun band jugak ke??

missone hazel said...

1-sumpah x ingat sapa budak yg dimaksudkan

2- ingat sbb depa ni yg ajaq hoki time tu.

3-rompakan mega tu ingat.bilik kita E2-4 pun kena gak la...

HasanahNordin said...

mat lazim..aku ingat lagi..walopun hanya 1 tahun jadi senior dia..x silap kejadian tu pun dah hujung2 tahun kan...

cikgu omputih,aku x de ditahun kejadian...

rompakan mega...ofkos aku ingat...aku hilang beg skola...hari kejadian adalah hari yang sama aku pitam kat padang teknik tepeng..budak2 band,ingat x??hakhakhak...malam tu aku hampir2 x gi prep kerana disuruh berehat kesan kepitaman aku siang tu..kalo aku x gi prep,tah2 ngan aku2 skali kene noda..hehe..

SYED NAHAR said...

kak wan : ooo ko mmg main hoki eh? mesti byk perkara aneh omputih tu buat. hahaha...tapi diorg tu mesra tu yg best!!

senah : ko pitam? astaga...kenapa? apa kejadian itu berpunca dari tekanan? tapi apa kes ko pergi skolah teknik? sukan ke? sian ko..mmg dasar perompak..kuajaqqqq (rita rudaini bersuara)

Anonymous said...

komen kisah 1 :

mat lazim yang tah apa-apa tah...ingin menunjukkan dirinya seorang yang bengong dengan melakukan aksi fly yang tak menjadi dek kerana ilmu fly yang belum dipenuhi di dada...sebelum fly tu, blaja la dulu ilmu-ilmu penerbangan bagi membolehkan diri berjaya melakukan aksi fly... janganlah malu untuk bertanya kepada expert dalam bidang penerbangan ini kerana malu bertanya sesat jalan dan kalau dah sesat jalan pulanglah ke pangkal jalan...oleh kerana kebengongan mat lazim ini, diri sendiri yang hampir menjadi korban yang tak sepatutnya dikorbankan (kalau nak buat korban pun tunggu la time raya korkan)...kisah ini perlu dijadikan teladan oleh semua agar kita dapat hidup penuh dengan aman,sentosa,damai dan bahagia...
bak kata pepatah kalau ilmu belum penuh di dada, jangankan hendak merentangi sungai...hahaha..


komen kisah 2:

bila kisah ini diceritakan oleh penulis blog, diriku baru sahaja dapat mengingati semula raut wajah dua orang cikgu omputih ini yang sangat enak dipandang oleh mereka-mereka yang peghak (sudah lama aku tak guna perkataan peghak ini dan terima kasih penulis mengingati semula diriku untuk menggunakan perkataan ini,hahaha...)apa yang boleh dikatakan tentang mereka lagi ialah muka depa dua memang nampak macam tak mandi dan membuatkan diriku tertanya-tanya sehingga ke esokkan paginya dan diriku membiarkan persoalan tentang depa dua orang kerana takkan la nak pi tanya sama ada depa mandi ke tak...dan diriku merasakan yang mereka memang tak mandi pun...cikgu omputih yang sangat tinggi tu memang sesuai bermain dalam liga NBA kerana ketinggian yang melampaui batas...
apa yang boleh dikatakan lagi tentang depa berdua memang nice to see...two thumbs up..hahaha...


komen kisah 3:

tak ingat sangat la tentang kisah kecurian mega nie...mungkin kerana diriku tidak kehilangan apa-apa or tiada apa-apa untuk dihilangi...jadi diriku tidak dapat memberi komen tentang kisah ini...


sekian terima kasih...

SYED NAHAR said...

wah time kasih incik anonimes. sememangnya:

1)lazim tu betul2 menyusahkan. haha
2)even pelik cikgu omputih tu, tapi kita sume rasa ramah je nak senyum tiap kali selisih. wahaha.
3)anda cukup bertuah sebab tak hilang apa-apa mahupun dinoda.