Tuesday, April 28, 2009

sarung nangka di bawa lari

**kalau tak paham words dia, sila tengok di bawah ada translation**

"eee...geram nye kat paula! sian kat paulina...yang incik braco ni pulak bodo pi percaya cakap ghemma, mesti ghemma nak rampas rumah agam dia, sama bodo dengan estefania. nasib baik memito ada nenek peedad..."semangat aku membuak-buak bila abeh tengok cite paula paulina, drama sepanyol yang aku tak putus-putus ngadap tv lepas aku khatam nengok cite la'usur padora dulu. muka pelakon sama je heroin dia. cukup mengasyikan. katop tv turun pangkin umah tok! ada tok ngah...aku lebih suka panggil dia pak ngah sebab dah terbiasa.

"weiii...pak ngah! taut burung ka???? sian burung tuh kot anak dia duk cari mak dia,"aku sergah pak ngah. melatah jap pak ngah, "mu tahu di mana?**mencarut dulu, so kena sensored ler**... mbohhh duk hidup serupa tu la burung, pandai-pandai la cari makan sediri. apo yang mu ni bodo sangat, burung ni jantan mana nak bagi susu ke anak dia. har har har!!!"balas pak ngah. cess...mana sempat aku nak belek jantina burung terbaru koleksi tekukur dia ni.

"moooooooww!!!!!" bunyi lembu sendawa kerabu pucuk paku. haha...sejak bila lembu makan kerabu? tapi tengok je lembu ni buat aku nak suh pak ngah ungkit cerita lama. pak ngah bab-bab cerita nostalgia ni memang dia arif lagi melucukan.

"pak ngah!! lembu tu ka dulu pakai spek mata suraya?" aku tanya pak ngah sambil terus duduk kat tangga. hish terbakar punggung aku, anak tangga ni panas. "mu ni bodo kali ke-2. tu lemung laki mek jebuh. hat terlekat di penyidai tu lemung orang lain," jawab pak ngah.

"masa tu pak ngah duk sini ka? macam mana lembu tu buleh lekat?"aku saja wat-wat tanya nak suh pak ngah flashback cerita dulu.

"lemung tu lalu kot belakang umah pah mahamad, tubik kot tepi tuh, lalu kot tepi belesah, kona pulak kot depan lepas tu lalu di penyidai umah sa'ari . gilaaaa.... macam mana lemung tu tersangkut elok-elok sarung nangka di tanduknya, molek-molek jadik spek mata,"pak ngah mula celoteh, sambil ikat tali di kaki burung.

sambung lagik,"pas tu ka, lemung tu serupa orang buta, melilar jalan kot tengah tembak . nampak suraya keluar dari rumah dia pakai tudung tuala good morning, lari tercidik-cidik pegang tarik baju dia ke bawah ". aku mencelah,"pasal pa???" pak ngah jawab, "haaa lah! tak pakai sarung nangka dia! sat gi terbonyot-bonyot malu nampak dek orang".

"pastu suraya panggil pak ngah...pak ngah woooiii tulung sat! ambik benda lekat di tanduk lemung tuh!! lekas la!! sayangggg weyy..baru beli," pak ngah cerita sambil tunjuk dengan mulut ke arah lokasi kejadian. "pak ngah tanya ke suraya. sapa punya? dia kata hat kak kami. bahau!!! mesti hat dia punya. wok po dia nak bergegas ambik kalu kak dia punya. aku tengok saiz pun besar, tahu hat dia punya!"serius muka pak ngah.

"pak ngah pun gi la ambik, pas tu tambat lemung di pokok cenerai. beri ke suraya, dia terus lari kelik rumah. masa tu cu sinah ada sini, tang mu duduk tu dia duduk. cu sinah tanya pak ngah...baru beli sungguh ka? mana pak ngah tahu. tapi rasanya lama dah, pasal pak ngah nampak tahik lalat keliling getah pelipat cangkuk hat di belakang tuh! gelak dia sinah. har har har...kuat sungguh sinah gelak serupa mat tajilah jugak,"pak ngah pun gelak sampai nampak gigik tunggul. haha..

yeahhh...ikatan kat kaki burung dah siap. sangkut sangkar dia kat ujung perabung umah tok. tapi burung ni nampak kejutan budaya tak biasa lagi. esok lusa ok la kot. aku ngan pak ngah masuk umah makan biskut pat segi cicah kopi, petang-petang best layan kopi sambil sambung dengar cerita pak ngah. haha!!!


translation:
1. taut ; sejenis cara memerangkap binatang, jerat
2. lemung ; lembu sebagai sebutan oleh melayu pattani
3. belesah ; madrasah
4. kona ; membelok (corner)
5. tembak ; jalan raya
6. tercidik-cidik ; terkedek-kedek, berlari seperti kanak-kanak
7. terbonyot-bonyot ; keadaan bergerak ke atas dan ke bawah secara berterusan
8. bahau ; tipu, bohong, kenyataan palsu

lembu tido di tepi jalan.

7 comments:

Cik Faridah Huda said...

Syeeedddd...citer hat nie mmg aku nantikan!!!!! ari tu sempat cerita pasal telekung bertahi lalat je ngan ang......weh...agak sensored la n3 yg ini...tp aku suke p~

the bongsu said...

cesss igtkan lembu pakai spek mata sungguh! whoa ha ha..mst lembu jantan!!

SYED NAHAR said...

mek : tu ah aku pun risau2 nak posting entry nih. lama tunggu. lantak pi ah, nak sensored hanya bagi mereka yg otak kuning. hahaha...

anand : lembu jantan ler. sebab agak agresif.

naeims_ab said...

aku kurang faham sebab fikiran aku masih bersih, sesuci kain putih.. belum ade tahi lalat... (buat2 muka baik)

SYED NAHAR said...

aku tau naim mmg baik. sesuci air mustakmal lah katakan. haha..

Anonymous said...

ingatan penulis blog yang jitu telah berjaya membuatkan kisah ini sedap dibaca di khalayak ramai...ingatan penulis terhadap nama-nama watak dalam cite la usur padora membuatkan diriku terhibur di mana diriku amat meminati cite la usur padora yang pandai cakap bahasa melayu...hehehe..

teruskan usaha murni anda...shabas inspector sab...shabas...

SYED NAHAR said...

memang kita sume gilakan telenovela sepanyol, venezuela dan colombia disebabkan pelakonnya cantik2 belaka. haha...

incik anonimes suka baca belog i ye...time kasih.

(mekrieda..sapa tuh?)