Wednesday, April 1, 2009

pantun teruna manja

saya telah merungkapkan 5 pantun. setiap rangkap menggambarkan seseorang yang kita kenali di bangku SERATAS dulu. mereka adalah lelaki, ayuh jawab!

pergi ke kali membawa bubu,
bubu hanyut bersama ikan,
ditolak cinta si pipi labu,
kini business dia temukan.

menari gelek rentak rancak,
gelek sampai pinggul berputar,
tinggi lampai berjawah kacak,
sayang lidah tidak bergetar.

membohong ibu ke gerai rojak,
rupanya minah berjumpa balak,
hikmat pidato cekal bersajak,
pedas bersuara lantang menempelak.

makan banyak perut boroi,
tambah buruk demam chikungunya,
nampak tali terus bergayut,
silat ninja diri empunya.

sungguh enak si buah nona,
sayang sekali dimakan kuda,
jejaka segak bermata cina,
bersama kamera dia menggoda.

sudahkah anda menemukan siapakah 5 jejaka itu? senang bukan?

8 comments:

Cik Faridah Huda said...

Nie dia jawapan aku....tp x taw la betui ke dak....nie kate betol semua dpt ape....

1.Maey
2.azri kot..klue payah nk digambarkan
3.yamin
4.Pajan
5.Faiz

Cik Faridah Huda said...

makan banyak perut boroi,
tambah buruk demam chikungunya,
nampak tali terus bergayut,
silat ninja diri empunya.

ape kaitan boroi ngan bergayut...x kena langsung!!!!!
salah nie...denda menyebut perkataan boroi dan bergayut 100x

SYED NAHAR said...

pembayang bukan pemaksud? haha..
inikan undang-undang pantun. clue nye cume 2 baris terakhir. gunakan pemaksud utk meneka.

cth:
gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati.

adakah perut itu tali kecapi?
atau hati itu tali kecapi?
haha..apa2 je lah.
jgn la serius mcm minggu puisi kebangsaan. A samad said tak tau kita pantun kat sini.

mek, jawapan anda ada yg betul ada yg salah...jawapan sebenar akan direveal esok lusa. okay? haha.

HasanahNordin said...

aku nak teka gak...

1.maey ke?pipi labu telah menolak cinta mae ke??
2.aku teka azri gak lah...
3.yamin
4.pajan
5.faiez

SYED NAHAR said...

ye senah...jawapan anda persis jawapan mek, well, not 100% marks given as u know not all answers are correct. cuba lagi.

NaFeeZ said...

mai sini nak try jawab tgk...
1. mae
2.nazri
3.yamin
4.pajan
5.faiz
kepada syed nahar tukang pantun, 2 baris terakhir haruslaa memberi maksud. sila faham etika pantun... kahkahkah...

Cik Faridah Huda said...

aku x pasti pantun no 2 tu je...
susah tok digambarkan sape die...
ke batch kite ketandusan org encem???

SYED NAHAR said...

ok gangs! telah tamat. masa diberikan berakhir. berikut adalah jawapannya.

1. alif imran (la ni kan dia blog business, pipi labu sila jawab!)
2. azri (tak leh sebut R)
3. yamin
4. yes pajan ninja
5. faiz SLR