Saturday, April 4, 2009

pantun jiwa blog

sekadar gambar hiasan.

sapu minyak rambut lebat,
itu petua puan norehan,
menunggu tulisan para sahabat,
bagai menanti dalam ketagihan.

melawat zoo bersama supian,
melihat telatah pelbagai haiwan,
bukan ketagih bermakna gian,
tagih rindu menyebut kawan.

gusar hati tersampuk sawan,
sawan katak sawan melompat,
ketawa perihal menyebut kawan,
bukan niat sebut mengumpat.

terlalu penat tika puasa,
jangan lena nanti terleka,
maaf kawan jika terasa,
sekadar menyebut dalam seloka.

karang pantun sahabat pena,
dibaca jangan lupa irama,
seloka kita penuh bermakna,
mengimbau kisah kenangan bersama.

No comments: