Monday, April 20, 2009

gelaran part 1

salam sejahtera. kali ini, ingin saya menyingkap kisah silam kehidupan kita suatu ketika dahulu di bangku sekolah. gelaran, merupakan nama singkatan merujuk kepada seseorang, yang mempunyai maksud jelas menggambarkan seseorang yang dinyatakan. penggunaan nama gelaran ini amat berkesan kerana ia telah berjaya menjadi pemangkin sel-sel otak untuk berfikir pantas lantas menjimatkan masa perbualan tatkala kita ingin merujuk kepada diri insan tersebut. mari kita teruskan kepada gelaran-gelaran nama yang cukup popular, seperti berikut:

1. meso
mohd azizol amin memperolehi nama ini daripada suatu peristiwa yang cukup bermakna buat dirinya. kebolehan beliau menukarkan setiap penggunaan huruf R kepada huruf W tanpa sebarang masalah. tatkala itu, beliau telah mempesonakan setiap yang mendengarnya membaca beberapa perenggan pada helaian buku teks sejarah tingkatan 1. beliau telah membacakan penamaan zaman mesolitik mengikut durasi masa yang mana zaman mesolitik berlaku sesudah zaman paleolitik dan berakhir sebelum zaman neolitik. tradisionalisme jiwa dan perilaku beliau menguatkan sahabat handai memanggilnya meso.

2. piko
mohd alif imran pula mendapat nama piko daripada tema makhluk asing dari planet marikh. piko merupakan watak dalam kartun siri dragon ball yang cukup digemari ramai. telinga alif dikatakan persis telinga piko dan alif dikatakan sangat cocok dengan warna hijau.

3. annand
annand merupakan nama yang sering dijumpai di tanah besar india mahupun di sekitar sri lanka, kepulauan nicobar dan andaman. penulis tidak dapat mentaksirkan asal-usul gelaran milik norihan ini. walaupun begitu, gelaran ini sering mengingatkan kita dengan nama lagenda seperti kofi anand dan annanda krishnan. namun begitu, norihan juga dibayangi gelaran “calaq” atau calar yang merujuk kepada pesona parutnya di bawah kelopak mata. oleh itu, keganasan beliau dikagumi seiring dengan kejayaannya dalam bidang sukan khusus mewakili seratas dalam acara 100 meter peringkat MSSD larut, matang dan selama.

4. mat gam
mohd zaidi sering berjalan terhinggut-hinggut seperti seorang kaki botol atau penagih dadah yang “laloq”. teman-teman seperjuangan membuat spekulasi dengan mengaitkan aktiviti menghidu gam dengan diri zaidi yang sememangnya fitnah belaka. beliau kini merupakan penjawat kerajaan, seorang guru yang mendidik pelajar tingkatan 6.

5. pijah mandom
ramai yang sering keliru dengan dua nama hafizah dan norhafiza yang masing-masing berbintikan othman dan osman. oleh itu, hafizah disinonimkan dengan nama pijah mandom kerana beliau kurang aktif bersuara dan kelihatan sedih, penat, sunyi dan pilu selalu.


berjumpa lagi dalam gelaran part 2 di masa akan datang. sekian.

14 comments:

Cik Faridah Huda said...

wei...kesian kat pijah..
panggei dia mandom!!!
tapi mmg pun....dier sering begitu....
tapi bila jejakkan kaki ke dorm kitaorang....bleh tahan jugak suara dier...!!

naeims_ab said...

hahaha...hang punya gelaran apa pulak????

SYED NAHAR said...

aku mana ada gelaran. haha...lagi pun penulis tidak boleh menganalisa diri sendiri. kui kui.

WADI said...

perlu ke aku ungkapkan satu ruangan untuk hang kat dlm blog hang sendiri... kahkahkah.... sunguh best mengenang kisah silam...

HasanahNordin said...
This comment has been removed by the author.
HasanahNordin said...

mawardi pun ada blog...aktiviti blogging dikalangan seratasian semakin berleluasa nampaknya..mandom??dah lama x dengar pekataan tu...

SYED NAHAR said...

mawardi : eleh mawardi...nak kutuk aku pun kutuk je. aku no hal. bleh baca la apa ko nak habaq. haha.

senah : haah la senah. skang ni satu gejala...menular!

the bongsu said...

huii..kot nak boh figura aku pon boh la hok cun cket..hihi.

i supposed en.ahmad baqi yg memulakan gelaran itu time f2 sbb time 2 en.kofi annand presiden PBB(kalo xsilap) sgt pemes..

missone hazel said...

sape2 yg ade idea yg best tuk story pasal nahar ni,silakan....

SYED NAHAR said...

anand : wei cun la tu. takkan tak puas tgk muka semula jadi seniri kot? gambar ni gak aku taruk dlm rassmate. hahaha...

kak wan : ko jgn la nak mulakan sesi menghasut ko ni. bab menghasut ni hanya syaihan yang tau.

Anonymous said...

lawak sungguh...

Anonymous said...

sian kat aku br arini bc... sgguh ketinggalan zaman nya aku dlm dunia pemblogan...

Unknown said...

Awat nma aku yg first hang mention... mentang2 la sekampung

Unknown said...

Awat nma aku yg first hang mention... mentang2 la sekampung