Wednesday, April 22, 2009

facial cleanser

lepas mandi, lap badan, lilit tuala. tappp! bukak pintu kayu bilik mandi terus je menuju ke bilik pakai baju. musim raya ni ramai je yang datang umah aku, terutamanya dapur tempat melepak segala makcik-makcik. malu ah nak lintas ke bilik melalui dapur gak. ampess! terpaksa.

masuk bilik, adik aku sergah. hahhh!! "dah mandi dah. sapa dalam bilik air?"adik aku tanya. aku cakap," tak de sapa. pi lekas, satgi ada je sesapa nak pakai bilik air. kena paksu usung tok jariah nak bagi mandi, abis la jawabnya sejam bilik mandi tak busy."

"ada pencuci muka?"adik aku tanya lagi. "ada! nak pakai ambik ah. aku punya yang kaler hijau tuh, ada katttt...aku lupa tang mana. cari la senirik dalam bilik mandi,"aku balas. terus dia lari tercidik-cidik ke bilik mandi. selak langsir pastu terus blah.

siap-siap pakai baju, agak dah lawa dah, keluar la dari bilik. kebetulan masa tu ada baby sarah. eleh sarah baby lagi la masa ni. skang dia dah hilang bau bayi, hang tinggal hanya bau hamis kanak-kanak yang berpeluh masam. haha..dukung sarah kat akuarium.

lama lepas tuh, bawak masuk dalam. pergi kat akak aku. "nah ambik saerah kau,"aku letak sarah kat mama dia. saja panggil saerah sebab nak bagi tak best kunun-kunun siti saerah adik siti nurhalisun. haha. masa tu berat sarah bleh tahan tahap obesitinya. biasa bayi. besar nanti pandai-pandai diet senirik.

pastu adik aku datang, baru lepas mandi. muka berjerawat nampak la merah-merah. baru lepas picit kot. dasar keturunan resdung! padahal mak ngan ayah aku sebijik jerawat kecil pun tak de. jeles sungguh.

"weyy, geno aku pakai pencuci muka tu muka aku jadi macam terik-terik?"tanya adik aku sambil pegang-pegang pipi dia. sumpah aku ingat dia nak fitnah kulit dia best, nak je aku kutuk. bajet kulit terik bermakna kulit yang anjal takdok kedut langsung. apa yang terik aku tak nampak pun. sinar glow lagi la tipu kalau ada.

"tadi aku pakai pencuci muka mu. ok je, la ni pelik. tapi ok je tak da apa-apa,"adik aku bagitau diri sendiri untuk sedapkan hati. tapi muka macam tak puas hati macam nak salahkan cleanser body shop aku. punya la aku beli yang siap ada jojoba bead, suka duka jiwa dia nak fitnah cleanser aku buat dajal.

aku pun gi usha-usha bilik mandi. dalam hati nak cek kot dia pakai paghak, abeh cepat la pencuci muka aku. musim raya ni semua balik, memang banyak pengepow. kena pulak semua jenis kulit berminyak. tapi aku agak runsing tengok terlalu banyak botol-botol cleanser, scrub, berus gigi jangan crite dari yang baru sampai yang kembang mencapah. stok lama tak buang-buang.

atas kolah mandi sepanjang-pangjang bersusun je cleanser. ada biore, ada body shop aku haha...dulu la skang tak pakai dah, ada himalaya akak aku, seba med, johnson&johnson, avon maksu, clearasil ngan oxy sapa ntah. atas rak pulak penuh shampoo, siap ada yang meleleh sapa la tak letak elok-elok, tak pun budak main tiup buih belon. shower hujan ni pun meleleh jugak!

"pluppp" aku tertolak benda kecik masuk dalam kolah. rupanya bekas contact lense akak aku. haha...aku amik balik letak kat atas. nampak tepi toilet ada pampers bayi dibungkus rapi takmau bagi bau, elok duk gantung dalam beg sanitary plastik!

aku perasan sesuatu. aku pangil adik aku, "yingggg!!!!". pastu adik aku datang. aku soal siasat lagi,"aku lupa nak tanya, pencuci muka aku yang ni, macam tak luak, mu tak pakai pun. pakai yang mana?" bergema suara aku dalam bilik air. adik aku tunjuk kat satu cleanser botol hijau dengan mulut. "tuuuu..." muncung je.

"lerr..aku punya yang ni! hijau! body shop. tapi yang tu pun hijau jugak. sapa punya?" membebel jap, terus aku capai pegang botol tu. setelah dibelek-belek, aku tau ni maksu punya. "weyy..ni bukan facial cleanser lah!!! cuba baca betul-betul!!! dia tulis kat sini, syurah - pembersih peribadi wanita dengan ekstrak daun sirih???" aku tak dan abeh cakap dah nak gelak. adik aku pun terus lari masuk bilik nak tampung malu. aku pergi cerita kat ina ngan anna, semua gelak. haha..


close up skit...aku memang skang taksub pakai himalaya sebab murah dan sangat keherbaan. tapi shower gel aku pakai marks&spencers, scrub dia pun aku salah beli sebenarnya, nak beli body scrub tapi terambik facial scrub. kat new delhi marks&spencer murah je. kat UK mesti lagi murah macam sabun lux?

sila klik himalaya untuk sedikit info.

12 comments:

HasanahNordin said...

ape bende yang sume himalaya tu?cam best je..pesan bleh??

SYED NAHAR said...

haha...pesan pil supplement je. barangan berair tak lepas check in kastam okay. haha..

Cik Faridah Huda said...

ooo..inikah kisah esktrak daun sireh itu...hahahahhaha....memang tegang la muka adik ang....ala-ala cucuk botox

[DnaZz] said...

hahasha..himalaya dah belambak kat superbmaket skrg nie. mmg murah pon. agak berherba seswai wat terapi otak lepaih penta kja. sian la adik ang..hahaha!padahnya xtgk btul2!!

Cik Faridah Huda said...

tapi kat Malaysia mahal....cream acne sechoit tuh..regenye rm23.90...tp mmg power mengecutkan jerawat!!!!

SYED NAHAR said...

mek : ye mek...padah bila tak baca, tak pasal muka jadik tegang dan anjal mcm kulit anita sarawak. haha...ooo..cream acne tu sini murah saje. aku rasa tak sampai 10 hengget.

achik : ye ke kat supermarket banyak? murah ke? supermarket mana? kalau kat dealer dia sendiri kat KL pun aku tgk mahal. seperti yg macrieda cakap. pil supplement sume atas rm30. sini kurang rm15.
yang aku suka himalaya ni naturally wangi!!

HasanahNordin said...

aku penah tolong beli kan himalaya tok kawan aku..mmg mahal...

SYED NAHAR said...

hahaha...tu lah. aku maybe balik kali ni balik kali terakhir tak mai dah. sapa pesan sari ni, ni lah yg last...next time nak beli sila datang india sendiri. aku akan merindui kedai2 sari...

[DnaZz] said...

Aku tgk masa kat jj bkt raja aitu cm murah jer..siap longgok2 lagi..masa tu sale ..hahaha.body shower dlm 14-15 hinggit.kl body scrub mhl skit la dlm 20 something. rugi xborg masa sale, kan?

SYED NAHAR said...

rugi tu tak beli..haha.

SYED NAHAR said...

sume crite pasal himalaya. hahaha...sian syurah...sian ezlynn. hahaha...

d'sandalwood said...

owh ni la kisah syurah daun sirih..keh keh keh..tragis2..amboi hang suma setok himalaya..