Tuesday, April 7, 2009

dialog pagi : anda juga seorang doktor pakar

sila sediakan pen dan kertas, baca arahan dengan teliti sehingga habis, kemudian cuba selesaikan masalah berikut:-

persiapkan diri anda sebagai seorang doktor, bukan sahaja pakar mengesan penyakit namun bijak menangani masalah psikologi. tarik nafas dalam, dan hembuskannya.

di sebuah asrama sekolah perempuan, tinggal 40 pelajar menghuni setiap barisan blok. namun, suatu virus berjangkit telah menular di blok D. mereka mengalami masalah untuk lelap tidur. gusar akan prestasi akademik sekolah, pihak pengetua menghantar 40 pelajar blok D ke klinik anda.

selepas diwawancara, anda telah mengenalpasti dua perkataan yang mempunya kekerapan tertinggi. dengan semangat penuh iltizam, anda perlu mengadaptasikan gejala ini dengan ilmu kedoktoran dan psikologi anda. dua perkataan tersebut ialah, "sleep" dan "night".

>S-L-E-E-P<---->N-I-G-H-T<
>0-1-2-3-4<---->5-6-7-8-9<

1) tuliskan perkataan di atas dan wakilkan huruf "S" dengan 0 (sifar) dan seterusnya sehingga huruf "T" dengan 9. anda diberi tiga turutan iaitu "a","b" dan "c" dan tempatkan nombor-nombor yang diwakili dari dua perkataan di atas seperti mana syarat di bawah.

"a""b""c"
(syarat:- "a" dan "b" mewakili mana-mana nombor dari perkataan "NIGHT". manakala "c" mewakili nombor dari perkataan "SLEEP")

2) dapatkan hasil tolak yang dihasilkan iaitu "a""b""c" terhadap "c""b""a".
(katakan, "abc" - "cba" = "def".)

3) sila dapatkan digit "d""e""f"" tersebut. kemudian, dapatkan hasil tambah bagi "d""e""f" dan "f""e""d".
(katakan "def"+"fed"="y")

4) bagi hasil tambah yg diperolehi itu, darabkan "y" dengan 40 bagi mewakili keseluruhan pelajar yang bermasalah.
(katakan "def"+"fed"="y", sila dapatkan nilai "z" = 40 x "y")

5) bagi setiap digit dalam nombor "z" tersebut, perlulah digantikan dengan huruf-huruf yang tertera di awalan, iaitu perkataan "SLEEP" "NIGHT". diingatkan supaya anda menulis setiap huruf yang diperolehi dengan saiz yang mudah dilihat, iaitu bersaiz besar untuk ditunjukkan kepada pelajar perempuan tersebut. (contohnya, angka 0 atau sifar mewakili huruf "S".)

perkataan yang terhasil merupakan penyelesaian yang perlu diambil oleh setiap para pelajar. kesimpulannya, itulah penawar bagi setiap orang pelajar perempuan itu agar mendapatkan tidur yang lena.

SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

HasanahNordin said...

nampaknye..sume doktor lom layak menjadi doktor pakar..

begitu mencabar...

SYED NAHAR said...

katakan;
a=5, b=6, c=1,
oleh itu, abc = 561
abc-cba=561-165=def
pastu, def+fed=y
dapatkan, z=40y
tukarkan z jadi satu perkataan refer SLEEP NIGHT...(contohnya,s=0)

enjoy! senang je lah.