Monday, March 30, 2009

family day at embassy

khemah bertemakan ala taman.

alasan ibu bapa untuk terus bergosip tanpa risau anak lapar.

jemputan memeriahkan hari keluarga bertempat di suruhanjaya tinggi malaysia new delhi kali ini sungguh bermakna. keluar dari rumah tamu sunder vihar kira-kira jam 10.30 pagi pada ahad 29/03/09 menuju ke satya marg, chanakya puri dan setibanya di sana para hadirin sedang rancak bersuka ria termasuk melakukan sukaneka. sungguh teruja melihat mereka namun pandanganku beralih kepada air batu campur. penuh makanan terhidang. tatkala para peserta kareoke sedang beradu suara, sempat pula membantu mereka yang membakar sate dan ayam percik. sebelum dihidangkan, sudah 7 cucuk saya jamah. ditepi itu juga terdapat beberapa perempuan membuat burger. pertandingan kareoke turut sertai oleh CEO mitco petronas dan bekas timbalan naib canselor UITM. tamat persembahan, makanan tengah hari dihidangkan. terlihat nasi himpit bersama kuah kacang menambah selera untuk terus makan. saya memang hadir untuk makan, kerana tiba lewat untuk menyertai aktiviti, yang sememangnya alasan. selepas penyampaian hadiah oleh dato tan, tibalah acara yang paling ditunggu-tunggu iaitu cabutan bertuah. saya bersama encik zul dan encik faiz hanya membeli 10 kupon. tahukah anda bahawa tuah kami nampak jelas di kupon, tak seperti ayam yang perlu memahat taji di kaki. 10 kupon tersebut telah mewakilkan kami untuk memenangi 5 hadiah termasuk hadiah yang paling digemari ramai. berikut adalah senarai hadiah yang digondol justeru menggamit rasa cemburu peserta lain:

1. dua biji kek yang ditempah khas masing-masing dari taj hotel dan le'meridien.
2. sebuah alat kelui berjenama nokia. (bagaimana kita akan mengagihkan hadiah ini?)
3. dua hadiah yang tak perlu dihuraikan berikutan ia sekadar barangan gunaan harian.

kak ciha dan en.mustafa beradu suara namun masalah teknikal menyebabkan markah tak keluar.

wah, inilah dia bekas timbalan naib canselor UITM, ada sesiapa bekas pelajar UITM yg mengenali beliau? eh nampak datin julia pakai seluar pink.

en.azahar mengipas sate. dialah regional manager of south asia Malaysian Airlines.

penuh penghargaan kepada mereka yang menjayakan hari keluarga ini, terutama kepada dato tan, mama norlin dan lain-lain. setelah bersurai, saya ke sarojini nagar untuk mengambil set tempahan blazer (siap bersama vest dan seluar) yang pada awalnya berasa kaget memilih warna kelabu cerah. namun hasilnya sungguh berbaloi, kerana jumlah keseluruhannya hanya 2200 rupees. sila bahagikan digit tersebut dengan angka 14 bagi mengetahui kesetaraannya terhadap ringgit malaysia. sempat melihat beberapa helai baju perempuan punjabi yang terpampang menarik minat. kelibat encik faiz membeli-belah sukar dikesan, hanya menampakkan beberapa kotak pakaian lelaki kurta, gelang perhiasan wanita dan beberapa lagi sukar dijelaskan. maklumlah, pada 2 april encik faiz akan berangkat ke tanah air bagi meneruskan kerjanya yang dijangka akan bertugas di terengganu. kemudian pulang ke rumah tamu di sunder vihar, tiba jam 5.00 petang. walau penat tetapi berbaloi. sekian.

seriyes aku kenyang.

makan tanpa tomakninah.

2 comments:

[DnaZz] said...

Lwa ar blazer ang..tpi awat warna grey?ahaks

SYED NAHAR said...

sebab kaler hitam dah tempah dah dulu. pasni kaler pink pulak ok? haha...